Part Ten (10)

223 10 0
                                    

London, United Kingdom
8.00 am

Kamilia berpeluk tubuh. Walaupun salji tidak lagi kelihatan namun kedinginannya masih terasa sampai ke tulang

"Sejuk ke?" Qashid menyoal soalan cepumas

"Tak, panas" balas Kamilia menjeling

Qashid tersenyum. Menjawab je mulut kecik tu! Cili kang!

"Jalan cepat sikit. Hotel kita dah tak jauh. Depan sana je" kata Qashid terus menarik tangan Kamilia

Kamilia hanya melangkah membontoti Qashid.

Mereka sudah pun tiba di Kota London satu jam yang lepas tetapi Kamilia tidak habis-habis merengek lapar. Jadi, setibanya mereka disini, pantas restoren makanan halal yang terdekat dituju demi mengisi kekosongan di perut Kamilia

Kota ini menjadi sasaran Qashid untuk menjadi tempat mereka berdua ber 'honeymoon'. Antara sebab Qashid memilih kota ini adalah kerana Qashid tahu yang Kamilia sudah lama teringin mahu datang ke sini. Qashid dapat tahu hal itu pun dari Hasma. Kata Hasma, Kamilia selalu berangan untuk membawanya bercuti ke sini. Qashid mahu menunaikan impian Kamilia untuk membawa Hasma sekali ke sini namun buat kali pertama ini, biarlah Qashid meluangkan masa bersama Kamilia dahulu. Setelah itu Qashid berjanji yang dia akan bawa keluarga besarnya datang ke sini

"Kau kata dekat je. Dah 15 minit kita berjalan, tak sampai lagi pun" keluh Kamilia terus duduk bercangkung

Qashid terdorong ke belakang akibat tangannya ditarik Kamilia. Terus Qashid bercangkung juga dihadapan Kamilia

"Mengadalah kau ni. Dulu bukan main, panjat bukit, panjat pokok sampai tak ingat nak balik rumah boleh pulak. Ni setakat baru jalan 15 minit dah mengeluh" ujar Qashid terkenangkan zaman kanak-kanaknya bersama Kamilia

"Logik lah sikit Qash. Tu dah berabad punya cerita kau ungkit tau. Ni semua kau punya pasal tau! Bawak luggage besar-besar macam nak pindah sini terus. Dah la aku je yang duk tarik benda alah ni dari tadi. Kau sedap jalan lenggang lenggok" omel Kamilia

Qashid tidak menanggapi omelan Kamilia. Dia terus berdiri dan tangannya diselukkan ke dalam poket seluar kemudian dia mengeluarkan telefonnya dan kembali memeriksa jarak dari lapangan terbang ke hotel yang ditempahnya. Dahinya ditepuk kuat

Manakan tidak, jarak perjalanan untuk menuju ke hotel itu adalah 2.11 kilometer. Qashid pantas menyimpan kembali telefonnya. Ni kalau Kamilia tahu, habis dia dikerjakan

Qashid jatuh kasihan apabila melihat Kamilia. Qashid tahu yang Kamilia pasti berasa penat. Sudahlah perjalanan mereka ke sini mengambil masa yang lama

Qashid tersengih kemudian pantas dia mengangkat tubuh Kamilia naik ke atas belakang badannya dan tangannya pula menarik luggage tersebut. Nasib saja badan Kamilia ni kecik molek

'Dah jalan separuh jalan ni, teruskan jelah' getus Qashid dalam hati. Lagipula dia tidak pun berasa penat kerana apabila dia melihat saja wajah Kamilia, semua beban terus hilang!

Kamilia terkedu dengan tindakan spontan Qashid. Ini adalah kali pertama Qashid mengangkat tubuhnya. Malu menguasai diri dan badan Kamilia yang berasa sejuk tadi bertukar bahang

"Dah sampai" kata Qashid terus menurunkan Kamilia

"Thanks" ucap Kamilia menunduk

Qashid tersenyum manis. Rambut Kamilia digosok kuat

"Arghhh empuknya katil dia" kata Kamilia sambil menghempas badannya kuat di atas katil

Qashid menggelengkan kepalanya melihat perangai Kamilia sambil tangannya membuka satu persatu pakaian yang ada dibadannya

Hanya Untukku (Slow update) Where stories live. Discover now