Kamilia menggeliat kecil sambil menguap. Telefon di atas meja kecil bersebelahan katil dicapai. Dia tersenyum tatkala membaca pesanan yang dihantar oleh Alif
Fiance :
Good morning princess! Bangun pagi gosok gigi tau! Happy working ❤Kamilia tersenyum sendirian. Dia sendiri tidak sangka yang dia akan mempunyai teman lelaki walaupun sikap dia sangat kasar. Sejujurnya Alif sangat baik hati. Jikalau hati nya tidak mencintai Qashid, pasti dia adalah wanita paling bahagia kerana mempunyai teman lelaki sebaik Alif namun soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa.
Kamilia terus berdiri untuk mandi tiba-tiba pinggulnya terasa sangat sakit
"Aduh! Dah kenapa pulak ni?" getusnya
Kamilia menepuk dahinya apabila teringatkan kejadian semalam. Disebabkan terlalu teruja bermain ais di i-city semalam, tidak semena-mena dia tergelincir jatuh menyebabkan punggungnya terhentak sedikit
Nasib saja dia baru mula bekerja kalau tidak pasti dia akan mengambil cuti sudah la tiada mood mahu kerja di pagi isnin!
Kamilia berjalan perlahan-lahan menuju ke tandas untuk membersihkan diri
---------------
Qashid tersedar tatkala telefonnya berdering. Dia mengukir senyuman apabila melihat nama pemanggil. Laju saja dia menjawab panggilan tersebut
"Assalamualakum sayang" ucapnya girang
"Waalaikumussalam. Suara serak tu baru bangun ke? Pergi solat subuh dulu nanti Huda call balik. Bye" balas Huda terus mematikan panggilan
Qashid tersenyum. Dia bingkas bangun dan menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk. Matanya sempat mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 6.45 pagi. Nasib saja Huda menelefonnya kalau tidak pasti dia sudah terlajak tidur oleh kerana penat semalam masih tersisa
Selesai mendirikan solat subuh dan membaca beberapa muka surat Al-Quran, Qashid terus berbaring semula. Nasib sajalah dia bekerja di syarikat papa nya jadi boleh lah dia mengambil cuti bila-bila masa
Telefon Qashid berdering lagi dan dia pantas menjawab tanpa melihat nama pemanggil
"Hello sayang. Saya dah solat" kata Qashid lembut
"Sayang tengkorak kau! Kau tak reti nak masuk kerja lagi ke? Dah pukul 7.30 tahu tak?!" soal Kamilia dengan suaranya yang meninggi
"Sorry. Aku ingatkan Huda call tadi. Aku mc la hari ni Kamil. Tak larat nak masuk kerja" balas Qashid
"Amboi! Aku tahu lah ni syarikat papa kau tapi janganlah buat macam ni Qash! Kau lupa kita ada meeting pagi ni?" soal Kamilia
"Allahuakbar. Aku lupa. Back up aku kejap. Nanti aku sampai" balas Qashid terus bergegas menyiapkan diri
Qashid tinggal berasingan dengan mama dan papanya walaupun dia adalah anak tunggal. Qashid mahu hidup berdikari dan tidak mahu menyusahkan orang tuanya jadi kerana itulah dia membuat keputusan untuk tinggal berasingan di rumah yang dia beli dengan hasil titik peluhnya sendiri
Selesai saja menyiapkan diri, Qashid pantas menuju ke pejabat. Langkah diatur laju masuk ke dalam setibanya dia di bangunan itu
"Eh Kamil. Kau apasal kat sini lagi? Bukan meeting dah start ke?" soal Qashid tercungap-cungap
"Papa kata meeting tangguh lagi dua jam" balas Kamilia sambil tekun menyiapkan kerjanya
Qashid membuat muka toya. Geram melihat riak wajah Kamilia yang langsung tidak rasa bersalah
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...