Qashid melangkah keluar dari bilik utama kemudian menuju ke bilik Kamilia. Mereka membuat keputusan untuk tidur berasingan memandangkan hanya mereka berdua saja yang berada di dalam rumah itu
Qashid merebahkan badannya diatas katil Kamilia dengan posisi meniarap sambil dia merenung wajah Kamilia yang sedang tidur. Qashid menggelengkan kepalanya apabila melihat posisi tidur Kamilia dan terus kaki Kamilia yang terkangkang itu dirapatkan
Qashid berbaring disebelah Kamilia. Dia termenung sejenak. Dia tidak mahu mengejutkan Kamilia lagi kerana dia tahu pasti Kamilia masih berasa penat. Fikiran Qashid tiba-tiba teringatkan Huda. Hatinya juga berasa sayu apabila terkenangkan Huda
"Mana awak pergi Huda? Kenapa buat saya macam ni? Awak tahu tak dengan keputusan yang awak buat ni, telah menyusahkan semua orang termasuk Kamil? Awak tahu tak Kamil terpaksa membatalkan pertunangan dia disebabkan perkahwinan kita yang tak jadi ni?" kata Qashid berbisik
"Sampai hati awak musnahkan kepercayaan yang saya beri pada awak. Alasan apa awak tinggalkan saya Huda?" sambungnya lagi
"Qash" panggil Kamilia bersama suara seraknya yang baru bangun tidur
Qashid terkejut. Pantas dia berpaling ke arah Kamilia yang masih menutup mata
"Kamil. Sorry aku tak berniat nak kacau kau tidur. Kau sambunglah tidur, aku keluar sekarang" kata Qashid ingin pergi namun pantas tangan Kamilia mencapai tangan Qashid
"Takpe. Aku dah tak mengantuk" balas Kamilia tersenyum. Dia bingkas duduk bersila diatas katil sambil mengikat rambutnya
Qashid memandang Kamilia dengan mata yang tidak berkelip. Kecantikan semula jadi Kamilia terserlah apabila dia bangun dari tidur. Jantung Qashid tidak keruan melihat wajah itu
"Qash" panggil Kamilia membuatkan Qashid tersedar dari lamunannya
"Ye" balasnya
"Kita cari Huda nak?" soal Kamilia secara tiba-tiba
"Untuk apa?" soal Qashid
"Untuk kau"
"Lupakan jelah Kamil. Dia dah pergi tinggalkan aku"
"Tapi mungkin dia ada sebab tersendiri? Kita cari dia ye?" pujuk Kamilia
"Tak nak. Habistu kalau aku dah jumpa dia, kau macam mana?" soal Qashid
"Aku dah besar la Qash. Aku boleh jaga diri aku lagipun aku kan cantik. Mesti ramai lelaki beratur tunggu nak kahwin dengan aku" balas Kamilia tersengih
Wajah Qashid berubah. Entah mengapa jiwanya terusik dengan kata-kata Kamilia sebentar tadi. Jujur, Qashid masih belum memikirkan akan hal itu dan tidak pernah terlintas pun difikirannya untuk dia menceraikan Kamilia. Jiwanya seakan melarang keras untuk dia melepaskan Kamilia kepada lelaki lain
"Kau ingat kau laku lepas bergelar janda?" soal Qashid bengang
"Laku lah apatah lagi janda bergetah macam aku ni" balas Kamilia lagi
"Dah la. Aku malas cakap dengan kau. Aku lapar, aku pergi beli makan kejap" kata Qashid terus berlalu
Kamilia mengerutkan dahinya. Apa kena dengan mamat ni tiba-tiba nak naik angin tak tentu pasal. Namun Kamilia hanya mengendahkan dan dia terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri
-----------------
Tubir mata Alif bergenang. Sukar untuk dia menerima kenyataan bahawa Kamilia sudah pun berkahwin. Saat bahagia dia ketika Kamilia menerima lamarannya hanya sementara dan Alif harus telan kenyataan itu walaupun pahit
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...