Qashid memegang tangan Kamilia lalu dibawa ke bibirnya kemudian dia mencium sekilas
Rasa bersalah mula menyelubungi diri Qashid. Kalau saja dia tidak mengikut emosinya tadi tentu Kamilia tidak akan kesejukan demi mencari dia. Qashid sudah pun memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Kamilia, syukur saja tiada apa yang serius cuma Kamilia sangat kesejukan sehingga dia sesak nafas kerana tidak memakai sweater sewaktu keluar mencari Qashid. Barangkali Kamilia lupa kerana terlalu tergesa-gesa mencari Qashid
"Qash" serak suara Kamilia memanggil
Qashid pantas melihat wajah Kamilia yang kelihatan sangat pucat dan dia terus duduk bersebelahan Kamilia diatas katil
"Ye Kamil. Ni aku" balas Qashid
Kelihatan Kamilia mengukir senyum dan hendak bangun tapi pantas ditahan oleh Qashid
"Kau kena berehat. Jangan bangun lagi" ujar Qashid
Kamilia tidak mendengar kata Qashid dan dia terus memeluk tubuh Qashid erat
"Degil lah kau ni" kata Qashid lembut sambil membalas pelukan Kamilia
"Kau pergi mana Qash? Lama aku tunggu kau. Aku risau" soal Kamilia lemah. Tubir matanya bergenang
"Aku ada je Kamil. Aku tak pergi jauh. Aku--aku minta maaf" balas Qashid sambil tangannya membelai rambut Kamilia di belakang
Kamilia meleraikan pelukan. Wajah Qashid dipandang lama
"Qash, kau ada masalah ke? Kalau kau ada masalah kenapa tak bagitahu aku? Kau lupa ke janji yang kau kata kau akan kongsi semua masalah kau pada aku. Kau lupa?" soal Kamilia kecewa
"Kamil aku--
"Kenapa Qash? Kau dah tak anggap aku ni sahabat kau lagi ke? Aku ni dah membebankan kau ke?" soal Kamilia lagi dan air matanya yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir
"Bukan macam tu Kamil. Aku cuma--" kata-kata Qashid terhenti. Dia tidak mahu membahas tentang Huda
"Cuma apa Qash? Jadi betullah yang aku ni membebankan kau?" soal Kamilia. Habis merah padam wajahnya akibat menangis terlalu kuat
"Tak, bukan tu maksud aku"
"Dah lah Qash. Aku penat. Aku nak tidur"
Kamilia terus berbaring membelakangkan Qashid. Dia masih menangis tetapi bibirnya diketap agar esakan tidak kedengaran
Ya Allah, hubungan aku dan dia sudah mulai goyah. Apakah sampai disini sahaja jodoh kami Ya Allah? Ya Allah, jika sampai disini sahaja yang Engkau telah tetapkan, aku mohon. Engkau bekukanlah masa ini buat seketika waktu agar aku dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir
-------------
Huda mengurungkan diri didalam biliknya yang gelap. Harapan untuk dia hidup kini telah musnah. Dia betul-betul menyesal kerana telah meninggalkan orang yang sangat baik
Keadaan diri Huda sangat tidak terurus. Rambutnya berserabut tambah pula dengan wajahnya yang sembab kerana menangis terlalu banyak. Dia akui yang kini dia sudah mula merindui Qashid. Semakin hari semakin mendalam
Dia tahu apa yang jadi ini adalah kifarah dari Allah kepadanya kerana dia telah mengkhianati kepercayaan seseorang. Huda tidak kuat untuk menempuh dugaan ini lagi
Ikutkan hati, mahu saja dia menamatkan riwayat hidupnya hari ini tetapi imannya masih teguh
Huda kembali meraup kasar wajahnya kemudian dia menjerit seperti orang yang kena histeria. Segala benda yang berada dekat dengannya dicampak sehingga pecah. Biliknya juga sangat berselerak
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...