Qashid tersedar dari lenanya apabila sang suria mula menyelinap masuk ke segenap ruang di dalam biliknya. Matanya ditenyeh berkali-kali kemudian Qashid menoleh ke kanan. Dia tersenyum tatkala melihat wajah Kamilia yang hampir dengan wajahnya. Wajah lembut Kamilia ditatap lama
Lengan Qashid berasa kebas akibat membantalkan kepala Kamilia semalaman namun dia hanya membiarkan sehingga Kamilia sedar dari tidurnya nanti. Qashid tidak sampai hati mahu mengejutkan lena Kamilia
Qashid meneruskan renungannya pada wajah Kamilia. Qashid dapat rasakan ada satu perasaan menjengah hatinya saat ini tetapi Qashid tidak pasti apakah rasa perasaan itu. Tetapi yang Qashid dapat rasakan adalah dia berasa sangat selesa apabila Kamilia berada bersamanya setiap detik dan kalau boleh, Qashid tidak mahu berpisah dengan Kamilia walaupun hanya sesaat
Kamilia menggeliat kecil dan kepalanya turut dialihkan ke atas bantal. Qashid pantas meluruskan tangannya yang kebas itu sambil mengurut perlahan. Mata Qashid terpana saat terlihat baju Kamilia yang terselak menampakkan perutnya yang putih gebu dan pantas Qashid beristighfar. Dia tidak mahu menyentuh Kamilia lagi kerana dia tidak mahu hubungan itu terjalin tanpa cinta. Dia mahukan cinta antara mereka untuk merasai nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada pasangan suami isteri
Qashid bingkas bangun dan terus berlalu masuk ke dalam tandas. Selesai saja mandi, Qashid keluar dalam keadaan hanya memakai tuala
"Qash" jerit Kamilia sambil menutup rapat kedua matanya
"Apa?!" soal Qashid terkejut. Perempuan kalau tak menjerit tak sah ke? Jantung ni bagai nak pecah akibat selalu terdengar jeritan itu secara tiba-tiba
"Kau buat apa kat aku semalam hah?! Apasal kau tak pakai baju?!" soal Kamilia
"Eh kau. Nak tuduh pun agak-agak lah. Takkan aku nak 'sentuh' kau masa tengah tidur. Tak feel lah" balas Qashid terus berlalu untuk mengambil pakaiannya didalam almari
"Habistu kenapa kau tak pakai baju?" soal Kamilia masih lagi menutup matanya
"Aku baru siap mandilah. Kau tu pergilah mandi. Air liur dah satu baldi. Busuk!" kata Qashid sengaja
"Choi! Aku tidur berdengkur pun tidak! Inikan air liur basi. Kalau kau tu ye" balas Kamilia terus berlari masuk ke dalam biliknya. Nasib saja Qashid sudah selesai memakai baju
Qashid menggelengkan kepalanya sambil bibirnya mengukir senyum manis. Mulut kecil Kamilia tu kalau tidak menjawab memang tak sah namun Qashid sudah lali dengan sikap Kamilia. Walaupun mulut itu asyik menjawab, Qashid akui yang dia suka dengar apa sahaja yang keluar dari mulut Kamilia. Jika satu hari mulut Kamilia tidak bising, tidak lengkap rasa hidupnya
--------------
London, United Kingdom
1015 amMata Huda melirik ke arah anak kecil yang sedang berlari-lari di hadapannya. Terkadang Huda membantu anak kecil itu berdiri apabila dia rebah. Nasib saja salji sudah berkurang, ada juga kesempatan untuk dia melihat kehidupan di kota London ini. Selalunya bila tiba musim salji, semua kanak-kanak akan berkurung saja didalam rumah
Huda pantas berdiri dan beredar dari situ. Dia ingin berjalan ke tempat lain pula. Udara segar dihirup sambil tangannya didepakan. Dia memejamkan matanya rapat
Huda tersentak apabila tangannya ditarik dari belakang. Wajah Huda tersembam didada orang yang menariknya. Pantas Huda mendongak untuk melihat gerangan yang menarik tangannya
"Malique?!" soal Huda hairan
"Thanks to me" balas Malique sambil menunjukkan lubang yang berada betul-betul di hadapan kaki Huda
YOU ARE READING
Hanya Untukku (Slow update)
FanfictionBenarlah kata orang Lelaki dan perempuan memang tidak boleh berkawan rapat kerana takut perasaan cinta akan hadir Jika keduanya mempunyai perasaan yang sama itu bonus tetapi jika hanya seorang saja diantara mereka yang bertepuk sebelah tangan? Inil...