Joshua membuka matanya perlahan. Dia masih diatas sofa. Dia memegang kepalanya. Tuala kecil yang hampir kering itu diletakkan diatas meja. Ada nota bersama sandwich, ubatnya semalam dan air kosong.
'Makan ubat selepas makan sandwich. Jangan risau, sandwich I tak sedap tapi tak beracun. Get well soon - Orked'
Joshua tersenyum nipis.
******************************
Pulang dari kerja, Orked segera mandi dan menukar pakaian. Dia akan kerumah Joshua selepas maghrib. Rafael juga ada.
Selepas membalas whatsapp Sofea, dia buru buru keluar kerumah sebelah. Rafael sudah sampai. Sofea tidak jadi datang. Belum sempat dia meneka loceng,Rafael sudah membuka pintu.
Dengan wajah masam mencuka Orked masuk kedalam rumah.
"Sofea selalu mungkir janji tau." Rungutnya. Rafael hanya ketawa. Joshua baru keluar dari bilik air. Dia terkejut melihat Orked selamba duduk disofanya. Dia memandang Rafael."That's the real Orked Imani." Rafael mengenyit mata.
"Raff, I lapar. Order something. I kalau marah rasa lapar."
"Okay you guys nak apa?" Rafael bertanya.
"Anything." Joshua menjawap pendek. Dia sudah keluar memakai t shirt dan short pant.
"I pun tak kisah tapi tak nak nasi." jawap Orked.Makanan dari grabfood yang mereka order sudah sampai.
"Kata nak diet tak nak nasi tapi your order spaghetti." Rafael bersuara. Orked hanya sengeh.
Mereka membuka makanan masing masing. Joshua membawa 3 gelas dan sekotak jus mangga dari peti ais.
"Josh, you memang suka jadi barista ke?" Orked tiba tiba bersuara.
"Tak."
"Then?"
"Lepas study itu je kerja yang I dapat." Joshua menjawap pendek. Orked menyuap spaghetinya. Dia menyucuk meatball Rafael."Heyy.. Tu my last meatball!" Orked sengaja mengunyah meatball terakhir Rafael dengan pura pura penuh nikmat. Rafael mengambil bekas spaghetti Orked. "I nak lagi la.." Orked cuba merebut bekas spaghetinya kembali. Joshua hanya memerhati.
Selama ini rumahnya sunyi sepi. Hari ini selepas tiga tahun, Orked dan Rafael meriuhkan rumahnya.
Joshua sembunyi senyum. Rafael menjeling dan senyum didalam hati.
"I really hope you getting better my friend." kata Rafael didalam hati.
YOU ARE READING
Dia yang kupilih
Romance"Tak mungkin I jatuh cinta dengan mana mana lelaki lagi." Orked. "Cinta? Dah lama mati." Joshua. Jangan menafi nikmat Tuhan bernama cinta walau sesakit mana kau pernah rasa kerana cinta. Hati ini milik Tuhan, bila bila Dia ingin diubah, ia akan teta...