Majlis malam berinai berakhir hampir pukul 11 malam tetapi semuanya masih segar. Anak anak kecil masih berlari lari dan bermain sesama mereka. Joshua dan Aedy pulang bersama selepas set up goodies bag di dewan. Sempat Joshua mengenali dan berbual bual dengan bapa saudara dan sepupu sepupu Orked di dewan tadi. Mereka menyenangi kehadiran Joshua.
Ketika Joshua sampai, dia melihat toto sudah dihampar ditengah ruang tamu. Keluarga mak su dan dan mak cik menyediakan tempat tidur untuk anak anak mereka yang kecil. Dia mencari kelibat Orked.
"Hang cari Orked ka? Dia mandi." Mak su memaklumkan. Joshua hanya mengangguk. Dia duduk diatas sofa yang sudah dialihkan ketepi.
"Abang Josh dah iron baju?" Aedy keluar dari bilik membawa baju melayunya.
"Belum."
Aedy sudah bersedia untuk iron baju melayunya selepas Aera siap. Nak iron baju pun perlu tunggu giliran.
Orked muncul dari arah bilik air."Aedy! Potong queue! Akak tunggu Aera tadi. Nampak tak baju akak atas kerusi tu. Tanda giliran tau. Hang kalau iron lama!" Orked tahu sangat perangai adik sepupu lelakinya itu. Iron baju punya lama. Lelaki maskulin lah katakan. Aedy hanya ketawa dan menjelirkan lidahnya kepada Orked. Joshua memerhati sahaja gelagat mereka.
"Nanti dah siap panggil akak. Akak nak pergi kacau bakal pengantin."Orked berlalu dan masuk ke bilik sepupunya Linda.
"Ked, hang tau dak Mak Ngah jemput Jaszle mai kenduri esok. Linda tak tau la dia lupa ka hang pa dah putuih. Tiga taun dah kot. Cari pasai sungguh la. Sorry Ked." Linda memohon.
"Tak apalah, dia mesti takkan datang. It's okay. Dulu kan Jaszle kalau ada work kat Penang singgah rumah ni. Mak ngah suka masak macam macam. Kacip diorang dulu." Orked cuba menyenangkan hati Linda yang serba salah dengan jemputan ibunya.Mereka berbual bual sehingga tertidur. Orked sudah lupa bajunya belum digosok. Esoknya dia bangun lebih awal untuk iron tetapi bajunya sudah siap disangkut dan digosok dengan kemas.
" Marka hang gosok semalam. Sampai 1 pagi dia iron baju melayu dia dengan baju hang. Tunggu Aedy la lama sangat. Mak cik pun give up nak tunggu semalam. Ni baru nak iron."
Orked tersenyum sendiri.
*********************************
Majlis akad nikah dimasjid akan diadakan pada pukul 10 pagi. Mereka bersiap siap untuk ke masjid. Orked melihat Abang Rayqal, sepupunya sedang membetulkan sampin Joshua dan membetulkan butang baju melayu Joshua."Okay segak dah." Pak Su yang lalu mengusik Joshua. Joshua hanya tersenyum. "Jangan tertukaq pengantin sudahlah." Mak Su menambah.
"Josh, jom gerak. Kita bawa pengantin." Orked datang dan mengajak Joshua pergi. Sempat dia mencuri pandang Joshua yang kelihatan extra kacak hari ni. Wajah mix Joshua dan tubuhnya yang tinggi lampai bukan susah untuk perempuan jatuh suka. Mungkin Orked sahaja yang baru menyedari. Bukan sekali telinganya mendengar pujian dari sepupunya.
'Segak marka hang'
"Ked, I lupa nak tanya, I dengar Atuk datang. I tak nampak pun. Nenek pun I tak nampak." tanya Joshua tiba tiba semasa mereka menuju ke kereta bersama Linda.
"Atuk kat rumah Pak Teh dan Mak Teh. Sana selesa sikit tak ramai orang. Nanti you kat masjid you jumpa la." Orked menerangkan.
"Ked I like your family. They treat me well. All your uncles and aunties nice to me. They keep asking me to eat. Your cousin talk to me like I'm half of your family." Joshua tiba tiba bersuara sambil tangannya menguatkan aircond kereta.
"Linda, you okay kat belakang? Rasa aircond?" tanya Joshua menyedari Linda ada bersama mereka.
"I okay. And Josh, you can be half of our family too." Linda menepuk bahu Joshua dan menyambung. "Kan, Ked?"
YOU ARE READING
Dia yang kupilih
Romance"Tak mungkin I jatuh cinta dengan mana mana lelaki lagi." Orked. "Cinta? Dah lama mati." Joshua. Jangan menafi nikmat Tuhan bernama cinta walau sesakit mana kau pernah rasa kerana cinta. Hati ini milik Tuhan, bila bila Dia ingin diubah, ia akan teta...