Part 23

4.4K 117 19
                                    

"Orked, hang jangan tak mai. Hang tidoq rumah Linda na. Ghumah mak long dengan pak teh penuh."
"Iye..Ked dah apply cuti. Khas untuk wedding Linda."
"Hehe. Hang naik flight ka? Pukui berapa? Sampai hang habaq nanti Linda suruh Abang Rayqal ambil hang."
"Tak lah, Ked drive kot sebab senang nanti nak pergi mana mana."
"Hang drive sorang ka? Ajak la kawan hang. Apa apa jadi nanti. KL Penang jauh jugak tu." risau sepupunya. Orked menjeling Joshua disebelah. Mereka kini didalam monorail. Dalam perjalanan pulang kerumah bersama ketika sepupunya membuat panggilan.
"Hmm. Ked bawa kawan boleh? Kawan lelaki?"
"Marka hang ka? Bulih aih. Nanti dia boleh tidoq bilik Aedy. Tak habaq na ada marka. Nanti gossip." Orked tidak menjawap. Dia hanya ketawa. Mereka berbual beberapa ketika sebelum panggilan ditamatkan.

"Josh, jom teman I balik Penang."
"Can I?"
"I ajak kan..."
Tanpa bertanya lanjut Joshua bersetuju. Joshua hanya senyum didalam hati. Orked menelifon ibunya memaklumkan dia akan membawa Joshua, kawan lelakinya. Joshua mencuri dengar.
"Kawan Orked la ma. Ma jangan macam macam nanti kawan Orked tak selesa pula." Orked tahu mamanya itu, saja dia mengusik. "Okey ma.. Jumpa nanti. Kirim salam abah." panggilan ditamatkan. Mereka sudah hampir sampai. Tiba tiba Joshua bersuara.
"Kenapa tak cakap I boyfriend you?"
Serentak pintu monorail terbuka dan mereka melangkah keluar. Orked terpana.

*********************************
Orked dan Joshua masuk kedalam kereta dan menarik seatbelt masing-masing. Jam menunjukkan pukul 8 pagi.
"Josh you bawa kan baju melayu?"
"Yep I beli kelmarin."
"Haha.. Perlu ke beli baru. Kan I kata pakai ja apa yang ada."
"I nak matching sebab you kata tema baby blue and actually I dah berapa tahun tak beli baju melayu." Joshua memulakan perjalanan. Kereta dipandu cermat. Hatinya sedikit berdebar ingin bertemu keluarga Orked tetapi teruja mendengar kisah Rafael.
"La.. Baju raya?" Orked bertanya sambil tangannya mencari sesuatu didalam handbagnya.
"I tak raya dan tak beli baju raya. You punya macadamia nuts dalam dashboard."

"Huh." Orked berhenti mencari didalam handbagnya dan membuka dashboard. Senyuman terukir dibibirnya apabila melihat nuts kegemarannya memenuhi dashboard kereta Joshua.

"Thank you." Orked mengambil sepaket macadamia nut dan membukanya.
"Josh, you okay tak ni? Family I ramai tau. Ada mak long, pak long, mak ngah, pak ngah, mak teh, mak su, mak cik pak cik I semualah. Kita tidur rumah mak ngah I. Rumah cousin I yang nak kahwin ni. You okay tak? Kalau you tak selesa I book hotel untuk you."
" Ish no need. I okay je. Tapi family you okay tak you bawa I ni? "
" Diorang lagi suka. Tambah tambah I bawa kawan lelaki. Ermm.. You jangan ambil hati ya kalau diorang usik you marka I. "
" Marka? "
" Boyfriend. Asal I bawa kawan laki je mesti ingat boyfriend I. Macam Raff dulu. Itu yang selalu tanya pasal Raff. Nasib la Raff tak kisah. "

" Kalau I lagi tak kisah. "

**********************************

Perjalanan hampir enam jam, akhirnya mereka sampai dirumah Pak Ngah dan Mak Ngah di Balik Pulau. Kedatangan mereka disambut saudara mara Orked yang berkumpul untuk malam berinai dirumah itu. Orked membawa Joshua dan memperkenalkannya kepada semua ahli keluarga yang berada didalam rumah itu. Kedatangan Joshua sudah tentu disambut baik. Joshua melihat Orked yang begitu gembira bertemu sepupu sepupunya. Mereka bersalam, berpelukan dan bergelak ketawa. Suara riuh rendah kanak kanak dan bayi memenuhi ruang banglo rumah ini. Joshua senyum sendiri. Meriahnya....

"Orked, bawa kawan hang ni masuk bilik Aedy. Penat dia ni. Pi rehat dulu. Hang duduk bilik Aera. Bilik Linda dah jadi bilik pengantin." suara Mak Ngah menyedarkan Orked dia hampir melupakan Joshua. Aedy datang dan mencapai luggage milik Joshua.

"Jom bang, kalau tunggu Kak Orked sembang tujuh taun pun tak habis." Aedy membawa Joshua kebiliknya.
"Thanks Aedy."
"Abang nak tidoq rehat dulu ka? Dah makan kan? Kak Orked habaq ampa dah makan. Tapi kalau mau makan di dapuq banyak lauk lagi."
"It's okay. Abang kenyang lagi. Abang rehat sekejap je then nak mandi." jawap Joshua.
"Pancoq kat dapoq belah kanan. Abang rehat la dulu tapi Aedy rasa better Abang pi beratuq skang. Pancoq ada dua ja."
"Pancoq?" Joshua keliru.
"Bilik ayaq."
"Oh.. Aedy, malam ni ada apa aktiviti? Ada apa apa abang boleh tolong?"
"Malam ni malam berinai tapi depa hat pompuan saja la. Sat ni malam kita pi tengok dewan. Angkat goodies bag susun kat dewan sana."
"Alright. Thanks Aedy." Joshua tersenyum. Dia mengeluarkan towel, baju, seluar dan toiletriesnya.

Joshua tercari cari Orked didalam keramaian. Tuala disangkut dibahunya. Dia nampak Orked sedang bersembang sambil seorang budak berada diribanya.

"Tu marka hang cari dah tu." suara sepupu Orked jelas ditelinga. Joshua hanya tersenyum.
"Why Josh?"
Joshua mendekati Orked dan berbisik.
"I nak take shower tapi ramai. I segan nak join tunggu giliran. Teman I."
Orked ketawa mendengar luahan Joshua. Dia bangkit sambil mengalihkan budak perempuan comel itu dari riba dan mencium pipinya.

"Let's go."

Dia yang kupilihWhere stories live. Discover now