Part 16

4.4K 99 1
                                    

Joshua duduk bersantai di atas buai diberanda rumah kampung itu. Angin malam sesekali menyapa tubuhnya. Dia menarik nafas panjang. Tenang. Ketenangam yang sudah lama tidak dinikmatinya. Derapan kaki seseorang mengalihkan pandangannya ke muka pintu. Orked datang bersama semug kopi o dan biskut kering.

"Again?"
Orked hanya mengangkat bahu dan meletakkan cawan dan biskut diatas meja kecil.
"Sorry, nenek ask me. I have no choice." ujar Orked.
"Kalau macam ni gemuk I. Pagi nasi lemak, lunch kari ayam kampung, your masak tempoyak, petang cucur bilis, dinner ikan bakar, and this.. For supper. I'm in heaven" Joshua mengingat makanan yang dimakannya hari ini tetapi dia tetap mencapai biskut dan air kopi. Biskut dicicah dan disuap kedalam mulut.

"You sure nak balik esok pagi?" Joshua bertanya.
"Yup, I memang biasa gerak balik pagi. Oh esok sampai KL I nak singgah mall dulu. Sunway Pyramid may be. You drop I kat situ je." Orked mencapai sekeping biskut dan mencicah kedalam mug Joshua. Joshua menolak sedikit mug supaya lebih dekat kepada Orked dan mereka boleh berkongsi bersama.

"It's okay.. We go together. I pun lama tak masuk mall."
"Okay then."
"I like being here. Can I come again, Orked?"
"Sure, you also can come without me whenever you want. Kan Atuk dan Nenek ask you for million times."
Joshua tersenyum senang dan meneguk kopi O nenek. Entah kenapa kopi ini rasa lebih sedap dari kopi mahal di cafenya.

********************************
Orked menggeleng kepala melihat Joshua bersalam dan berpelukan dengan Nenek dan Atuknya begitu lama. Lebih lebih pula darinya..

"So.. When this farewell will end?" perli Orked
Joshua hanya menjeling.

Mereka akhirnya masuk kedalam perut kereta. Joshua memandu dengan perlahan.

Perjalanan hampir empat jam dan mereka sampai di Kuala Lumpur. Mereka sudah sepakat untuk terus ke Sunway Pyramid.

Mereka beriringan memasuki kedalam mall. "I nak singgah Boost kejap."Orked terus menuju kearah kiosk Boost. Joshua hanya mengikuti sambil menekan nekan handponenya membalas whatsapp dari group kerjanya. Orked terus memesan Soraya's Favourite kegemarannya.

Selepas pesanannya siap, Orked mendekati Joshua yang sedang menunggu.
"I nak masuk Adidas." Joshua bersuara.
"Okay let's go. Kita pergi cari barang you dulu."

Mereka berjalan sambil berbual bual. Orked menghulur Soraya's Favouritenya kepada Joshua. Joshua menyedut minuman tersebut. Tanpa sedar mereka melewati seseorang sehinggalah seorang gadis menyapa Joshua.

Langkah mereka terhenti. Melissa dan Aleya, adik Melissa.

"Hi my bro. Long time no see. You look more handsome." Aleya menegur dan memeluk mesra Joshua. Joshua membalas dan hanya tersenyum nipis. Orked mengirim senyum pada keduanya. Melissa dan Aleya turut membalas senyuman Orked. Namun isyarat mata Melissa seperti meminta Orked tinggalkan mereka untuk sejenak. Awkward.

"Err... I go first. You guys may be need to  talk." pinta Orked. Dia ingin melangkah pergi. "No need." Suara Joshua tegas. Dia menggapai tangan Orked. "Stay."

Orked menggaru kepala yang tidak gatal. Joshua menggenggam tangan Orked. Mencelahkan jemari Orked kejemarinya.

Melissa hanya melihat tangan mereka bersatu. "Aleya, see you later." Joshua senyum dan menepuk bahu Aleya sambil berlalu pergi.

Melissa menyoroti langkah mereka. Dia mahu berbicara dengan Joshua sebentar sahaja. Itu niatnya menyeret Aleya tadi.

Aleya memandang Melissa. Dia memegang tangan Melissa. Dia tahu perasaan kakaknya itu. Melissa rasa mahu menjerit. Entah mengapa kerinduannya kepada Joshua kembali lagi.

Dia yang kupilihWhere stories live. Discover now