Malam minggu.
Malam ini Orked dan Joshua lepak di penthouse Rafael. Mereka datang berasingan kerana Joshua habis kerja lambat hari ini. Orked dan Rafael sudah menunggu di verandah. Rafael memetik gitar. Mengingati chord chord yang selalu dimainkannya zaman kolej dulu.
Joshua sampai bersama Dominos yang dipesan mereka tadi.
"Babe, tumpang mandi. Belengas." pinta Joshua.
"Pergilah. Macam tak biasa. Ambil baju tempat biasa. Tshirt you hari tu pun ada dalam laci tu." Joshua hanya membuat isyarat tangan.10 minit berlalu dan Joshua kembali dengan short pant dan t shirt kosong. Bau wangian sabun menusuk hidung Orked. Orked mengangkat wajah memandang Joshua. Jantungnya tiba tiba saja berdegup laju.
" Jom makan. " Suara Rafael memecahkan lamunan Orked. Dia menelan liur.
Rafael memetik gitar.
"Ked, satu lagu." pinta Rafael. Orked menghabiskan sisa chicken wing ditangan. Dia mencapai wet tissue, mengelap jemari dan menyedut ice lemon tea."Risalah cinta." Orked mengenyit mata.
"Wooo.. Mengundang.." Rafael ketawa. Dia cuba memetik dan mengingat chord Risalah Cinta nyanyian Dewa 19.'Hidupku tanpa cintamu...
Bagai malam tanpa bintang...
Jiwaku tanpa sambutmu...
Bagai panas tanpa hujan...'Petikan gitar dari Rafael secara instrumental dan suara lunak Orked mendayu dipendengaran Joshua.
'... Jiwaku berbisik lirih,
Kuharus milikimu..
Aku bisa membuatmu
Jatuh cinta kepadaku meski
Kau tak cinta...
Kepadaku....
Beri sedikit waktu
Biar cinta karna tlah terbiasa..'(I suggest you guys the readers listen to Risalah Cinta // Dewa 19 cover by Tami Aulia. Her voice inspire to this scene)
"woo!!" mereka bertiga spontan bertepuk tangan dan ketawa.
"Raff, you still got it!" puji Orked.
"You too Ked.!"
"I tak tahu you pandai nyanyi." Joshua tiba tiba bersuara.
"Well.. I can sing.. Tapi kalau masuk One in Million I kalah." seloroh Orked.Mereka kemudian berkongsi cerita, ketawa, berbalah, mengusik sehingga dinihari. Rafael mencuri pandang Joshua. Rafael just love the way he is now. Joshua dan tawa, lama dia tidak melihat tawa sahabatnya ini. Sesekali Joshua ketawa apabila Orked bercerita dia tertekan video call semasa membawa handphone didalam tandas. Dan orang itu adalah Rafael.
"Itulah, kalau ada habit bawa handphone dalam toilet! Tak senonoh! " marah Rafael.
"You know Josh, masa I tengah buang tu. I dengar suara Raff panggil-panggil I. Nasib baik I letak fon atas tank tu tau. Kalau tak.."Joshua menahan tawa yang ingin meledak sehingga merah muka.
"You guys tidur sini okay. Lewat dah ni. Esok tak kerja kan. Ked, bilik you kat bawah."
"Alright."
YOU ARE READING
Dia yang kupilih
Romance"Tak mungkin I jatuh cinta dengan mana mana lelaki lagi." Orked. "Cinta? Dah lama mati." Joshua. Jangan menafi nikmat Tuhan bernama cinta walau sesakit mana kau pernah rasa kerana cinta. Hati ini milik Tuhan, bila bila Dia ingin diubah, ia akan teta...