Part 15

4.8K 100 4
                                    

Joshua terjaga apabila terasa pipinya disentuh lembut.
"Josh, sorry I tahu you mengantuk lagi borak dengan atuk I lepas subuh tadi, boleh teman Atuk I pergi ladang tak?"
Joshua bangkit dari katil. Dia mengambil jam tangan dan melihatnya. 9.45pagi.

"Sorry I tertidur." ucap Joshua perlahan.
"You okay tak pergi ladang dengan Atuk I? I risau sebab dia bukan larat sangat tapi nak pergi juga." Orked serba salah. Risau juga dia minta Joshua temankan. Keladang pula tu. Entah Joshua tidak suka atau apa.

"It's okay. I memang nak pergi pun. Dah promise dengan Atuk tadi pagi. Ni I terlelap pula. I cuci muka and gosok gigi sekejap." segera Joshua bangkit dari katil dan mencari toiletriesnya.

"Josh, tengah hari ni I nak masak tempoyak ikan patin, you makan tak?" Orked bertanya.
"Err... Apa tu? Sorry bukan tak makan tapi I tak pernah try. Tapi macam pernah dengar."

Orked tertawa. "Tak apalah, nenek akan buat kari ayam kampung. Wait, ke you tak makan juga?"

"No lah, I pernah makanlah. Rafael suka ayam kampung. Tapi biasanya sup. Kari mungkin lagi sedap. Curry is my favorite, you know.." sengeh Joshua.

********************************
Mata Joshua membulat besar melihat ladang Atuk Orked. Terdapat pokok rambutan dan pokok durian tetapi kerana belum musimnya tiada buah. Tapi bukan itu yang membuat Joshua gembira, rupanya Atuk membela kambing. Joshua membuntuti Atuk yang membuka pintu kandang kambing. Dia ketawa sendiri melihat kambing kambing itu beratur keluar, tambah menggelikan hatinya apabila beberapa ekor anak kambing yang kelihatan lucu dimatanya.

"Wahh.. So cute.!!" Joshua terjerit riang. Ada seorang pekerja warga Indonesia yang diupah Atuk untuk menjaga ladang ini.
"Pergilah tengok tengok. Nanti dah penat kamu datang pondok tu. Atuk tak larat dah nak jalan. Nak tengok kambing kambing ni ha ja.." Atuk bersuara lembut. Dia juga gembira melihat Joshua teruja. "Budak bandar ni...." bisik Atuk dalam hati.

Tak lama mereka disitu. Matahari sudah mula naik. Jam sebelas suku begitu mereka sudah gerak pulang.

Sampai sahaja dirumah dan memimpin Atuk sehingga kebilik, Joshua mencari cari kelibat Orked di dapur. Orked sedang bersembang sembang dengan neneknya. Dia sedang duduk dan menumbuk sesuatu dengan lesung batu.

"Ked, tadi I tengok so many goats!" Joshua tidak sabar bercerita kepada Orked. Dia duduk disebelah Orked. Orked terhenti menumbuk.

"Then Atuk you ada pokok rambutan and durian!" tambah Joshua lagi. Orked ingin ketawa tetapi ditahannya. Dia melihat sisi lain Joshua. Dia tidak pernah melihat Joshua yang ini. Seperti kanak kanak baru pulang dari zoo.

"Really? Dua tiga bulan lagi musim buah, kalau you free, boleh kita datang lagi." jawap Orked.

Joshua berbunga riang.
"Eh, you tumbuk apa ni?"
"Ni? Kunyit, cili api, tempoyak and garam. Kan I bagi tau you I nak masak tempoyak ikan patin."
"I see.."
"You pergi mandilah. Bau kambing." usik Orked"
"Yelah, I lupa nak mandi dulu." dia hanya tersengeh. Dia bangun menuju kepada Nenek.
"Sedapnya bau..." Joshua menghidu tumisan masakan Nenek. Nenek ketawa,gembira bau tumisannya saja sudah dipuji.
"Tak sabar nak makan."
Nenek ketawa lagi.

Dia yang kupilihWhere stories live. Discover now