Sudah lima hari Orked bekerja di tempat barunya. Selama itu, walaupun rumah dan tempat kerja dia dan Joshua berdekatan, tidak pernah sekali pun dia terserempak dengan Joshua. Hari ini Sabtu, Orked tidak bekerja, sekejap lagi Rafael akan mengambilnya untuk keluar lepak bersama Sofea.
Handphonenya tiba tiba berbunyi.
"Ked, I sampai dah."*****************************
"Macam mana tempat kerja, okay tak?" Rafael memulakan bicara. Dia memulas perlahan stereng kereta membelok kekanan.
"So far okay je.."
"You ada jumpa Josh tak?"
"Takpun. Selama I pergi balik kerja tak pernah nampak pun."
Rafael hanya senyum.
"Ked, you boleh tolong I tak?"
"Tolong apa?"
"Tolong I, tengokkan Josh."Kata Rafael, Joshua sekarang bukan Joshua yang dulu. Orked juga tidak tahu Joshua dulu bagaimana, Orked sangkakan, Joshua memang pendiam. Sesuatu telah berlaku kepada Joshua dan mengubah dirinya dan dia telah mengambil keputusan keluar dari rumah keluarganya dan hidup sendiri. Sudah hampir tiga tahun Joshua hanya pergi balik kerja, setiap kali Rafael ajak keluar, Joshua tidak mahu. Rafael akan datang sesekali melepak dirumah Joshua. Rafael adalah satu satunya kawan yang masih Joshua hubungi.
Orked tidak bertanya lebih banyak. Dia hanya mengangguk sahaja mendengar cerita Rafael.
****************************
Orked menekan butang lift dan terasa jarinya sejuk. Rupanya dia dan Joshua sama sama menekan butang. Mereka sama sama tidak senyum dan tiada kata. Semasa didalam lift, Orked terdengar Joshua batuk. Orked menoleh, hidung dan mata Joshua merah."Are you okay?" Orked menegur.
"I okay." Joshua menjawap pendek dan terbatuk batuk.Joshua melangkah laju. Orked hanya berjalan perlahan. Kepala Joshua rasa seperti hendak pecah. Sudah dua hari dia tidak sihat. Dia jarang demam, tetapi apabila demam, demamnya teruk. Dia berjalan cepat supaya cepat sampai rumah. Hari ini dia pulang awal kerana mendapat cuti sakit.
Joshua cepat membuka kunci pintu rumah. Pintu terbuka dan tiba tiba dia terjelepuk jatuh. Kepalanya berpinar pinar. Bunyi yang kuat menyebabkan Orked cepat cepat datang kearah bunyi itu. Dia lihat Joshua sudah terbaring didepan pintu ruang tamu rumahnya.
Orked cuba mengangkat Joshua. Mujurlah Joshua separa sedar. Dengan bantuan Orked, Joshua menggagahkan diri bangun dan baring di atas sofa.
Orked merasa dahi Joshua.
"Joshua, you demam ni. You ada ubat tak?" Joshua menunjukkan ke arah begnya. Orked membuka. Ubat dari klinik dia pergi tadi. Orked menuju kedapur. Menuang air kedalam gelas. Dia membuka ubat dan menyuap Joshua bersama air. Joshua kembali terbaring lemah."You rehat dulu, I balik rumah sekejap nanti I datang."
Joshua tidak menjawap. Matanya terpejam. Kulitnya yang cerah merah padam.Beberapa minit kemudian Orked datang bersama tuala kecil. Dia mengisi air kedalam bekas. Tuala kecil itu dibasahkan dan diletakkan didahi Joshua.
" Josh, tadi you pergi klinik berapa suhu you ni?" Orked kerisauan.
"39."Joshua menjawap pendek.
" Panas juga ni. You macam teruk sangat ni. I call Rafael ye? " Orked sudah menggapai handphonenya.
"No need, Rafael kat Jogja kan. Jumpa client." Joshua menjawap lemah.
YOU ARE READING
Dia yang kupilih
Romansa"Tak mungkin I jatuh cinta dengan mana mana lelaki lagi." Orked. "Cinta? Dah lama mati." Joshua. Jangan menafi nikmat Tuhan bernama cinta walau sesakit mana kau pernah rasa kerana cinta. Hati ini milik Tuhan, bila bila Dia ingin diubah, ia akan teta...