Part 7

6.1K 104 1
                                    

Handphone Orked berbunyi. Ringtone sweetheart by monsta x.
"Minah korea rupanya." Joshua mengumpat didalam hati.
"Hello, ya nak sampai dah. Lagi lima minit. You all masuk dulu. Nak masuk sama? Ha okay-okay." Orked mematikan perbualan dihandphonenya.
"Why?" Joshua bertanya.
"My friends dah sampai. Diorang tunggu depan dewan." Orked kelihatan nervous. Joshua hanya diam. Dia membetulkan cermin mata hitamnya. Dia juga nervous sebenarnya.

Orked keluar dari kereta dan membetul betulkan bajunya.
"Josh, I okay tak?" Orked berdiri tegak. Joshua menghampiri Orked. Dia membetulkan rambut orked.
"Okay perfect."
Orked menarik nafas dan melepaskannya. Dia melihat kawan kawannya melambai. Wajah Orked berubah ceria.

********************************
Joshua mencuit lengan Orked. Bukan Joshua tidak perasan air muka Orked memandang mempelai yang sedang bersanding. Nasi dipinggannya tidak tercuit. Joshua mendekatkan tubuhnya kepada Orked lalu berbisik.
"I rasa ex boyfriend you dah nampak kita, jom balik." Orked mengangguk. Mereka perlahan bangun dari kerusi.

Mereka bangun untuk melangkah keluar dari pintu dewan. Orked meminta diri dan bersalam salaman dengan rakan rakannya. 'Ada hal lain', bohongnya kepada mereka. Sempat Orked berpaling memandang dewan yang dihias indah. Sempat Orked memuji, dalam dewan pun boleh buat jadi cantik macam ni. Orked masih ingat Jazsle tidak mahu majlisnya di hotel. Dia mahu di dewan sahaja supaya kawan kawan mereka mudah hadir dan majlisnya tidak formal. Orked tahu ada yang simpati padanya, mujurlah Joshua sanggup datang bersama. Orked dan ego berpisah tiada.

Orked memandang Joshua yang menunggunya. "Josh!" Orked memanggil. "Sebab you parking jauh, I takda mood nak jalan, kita main game nak?" Joshua mengangkat kening.
"Kita main osom. Siapa kalah kena piggyback sampai kereta."
"You dah kenapa?"
"Cepatlah!!"
Joshua menggaru kepala yang tidak gatal.
Tapi laju tangannya membuat 'gunting' apabila Orked menyebut Osom secara tiba tiba.
"Yess!!" Joshua kegirangan tanpa disedari. Wajah Orked masam tidak puas hati tetapi bersedia untuk piggyback Joshua.
"Are you sure? I berat tau."
"Cepatlah. I kuat tau. You tu kurus je." Orked menjawap. Joshua memanjat belakang Orked perlahan. Orked bersungguh membangunkan badannya.
"Sampai kereta biru tu kita osom lagi." Joshua sengaja. Tidak sampai hati tetapi mahu melayan karenah Orked.

"Osomm!!" Orked win! Orked melompat kegirangan. Dia melompat apabila Joshua dengan malas menghulurkan belakang badannya. Dengan mudah Joshua membangunkan badannya bersama Orked dibelakang. Haruman lembut Orked menusuk ke hidungnya. Perlahan dia melangkah. Dia tidak tahu kenapa dia melayan sahaja Orked. Dia bukan begitu. Itu bukan dia. Tapi Orked menyenangkan.

Dia yang kupilihWhere stories live. Discover now