Part 18

4.3K 87 4
                                    

Joshua baru selesai meeting bersama supplier yang juga merupakan kawan lamanya. Dia ingin mangambil biji kopi jenis baharu yang kualitinya lebih bagus juga supplier buah buahan yang lebih segar. Ramai customernya juga sukakan menu fresh juice.

Dia memerhati staffnya yang sedang ramah melayan customer. Haruman kopi menusuk hidungnya lantas mengembalikan ingatannya kepada kopi o Nenek Orked di kampung.
"Orked.." bisiknya perlahan.

Selepas peristiwa semalam mereka lansung pulang kerumah tanpa kata. Orked seperti biasa. Dia tidak akan bertanya lebih melihat sahaja mood Joshua seperti apa. Dia hanya mengunyah macadamianya sepanjang perjalanan sehingga Joshua rasa mahu ketawa.

Mengingatkan Orked, dia segera mengeluarkan strawberry didalam freezer. Jam menunjukkan pukul 8.15 malam. Dia akan pulang jam 9 malam dan menyerahkan kepada staff lain untuk closing.

Dia memotong strawberry, memasukkan bersama sedikit yogurt, fresh milk, vanilla ice cream dan sedikit honey kedalam juice blender.

"Okay, done. "

**********************************
Orked baru selesai mandi dan memakai baju tidurnya. Dia membawa lotion keruang tamu untuk menyapunya sambil menonton televison. Bell rumahnya berbunyi. Orked membuka pintu dan Joshua berdiri dihadapan pintu rumahnya sambil menghulurkan sesuatu.

"Wooww, my favourite strawberry milk shake. Thank you. Come in." jemput Orked. Joshua masuk mengekori Orked.

"Please sit. You baru balik kerja ke?" Orked menyedut minumannya. "Wahh. Sedapnya!!" Joshua tidak menjawap.

"Josh, you okay tak. You mesti ada benda nak cakap dengan I kan?" Ah, tengok Joshua sahaja Orked sudah tahu. Orked masih ingat sewaktu dia baru kenal Joshua, Joshua sukar ditafsir, entah suka, entah marah atau apa. Tapi kini, bahasa tubuh Joshua saja sudah dapat dibaca Orked. Dia tahu Joshua datang untuk minta maaf kejadian hari semalam.

"Err... I'm sorry pasal semalam." Joshua bersuara perlahan.
"Okay." Orked menjawap laju.
"Tu je? You tak marah kan?"
"Nak marah sebab apa?" tanya Orked. Joshua hanya mengangkat bahu.

"Josh...you tahu tak kenapa I dengan Jaszle break off?"
"Why...?"
"Sebab I dengan dia tak sekufu. Dia ada ada... I marhaen.. But you know.. I tak salahkan dia. We come from a different world. I tak faham dia, dia tak faham I. I rasa I dah buat the best selama hampir 5 tahun bersama. But once he meet his dream girl, he left me and... That's it. I tahu kisah kita tak sama. I tak tahu apa jadi antara you dengan Melissa, tapi satu benda yang I nak pesan, buang dendam you, amarah you pada sesiapa sahaja yang pernah buat you rasa teruk. Baru you akan tenang." pujuk Orked.

Joshua hanya diam. Kata kata Orked meresap kehatinya.

**********************************
Pulang dari kerja, sampai sahaja dirumah, Rafael sudah berada dirumahnya. Selepas memilih menu Dominos, Joshua segera mandi dan kembali ke ruang tamu. Dominos sudah pun sampai selesai saja Joshua bersiap.

"Josh, hari tu you pergi dating dengan Orked eh?"
"Dating? Merepek. Balik dari kampung, saja singgah mall sekejap cari barang." Joshua menjawap jujur.
"Wait, you balik kampung? Kampung mana?"
"Kampung Orked." Joshua mencapai sekeping pizza.
"Kenapa Orked balik kampung tak ajak I! I miss Atuk and Nenek. I nak call Orked!"
"You pernah pergi ke Raff?"
"Of course. I pergi dengan Sofea masa wedding aunty dia. Family dia ramai. That was so fun. You know, I tak tidur dalam bilik. I tidur ramai ramai kat ruang tamu atas toto.!!" cerita Rafael penuh penghayatan. Joshua hanya menjeling Rafael.

"Hello, Ked, kenapa you balik kampung tak ajak I? Sampai hati... Eleh.. Oklah, promise? Haa.. Okay.. Kat rumah Joshua, datanglah... Yelah.. Nanti I nak masak tempoyak ikan patin eh no.. I nak pais patin.. Okay.. This weekend. Bye ked.. Good night.. Mimpi Josh. " sempat Rafael mengusik. Sebaik saja Rafael menamatkan panggilan, Joshua lansung bertanya ingin tahu.

"Next month Orked kata nak balik kampung lagi. Boleh mandi sungai."
"Kampung Orked ada sungai? I tak tahu pun. Tapi I pergi ladang Atuk."
"Ada. You pergi ladang? Hari tu busy wedding tak ada masa masuk ladang. Next time I bawa you pergi sungai, then you bawa I pergi ladang."
"Wait, we should ask Atuk for that lah." mereka hanya ketawa. Mengingatkan kampung sahaja sudah seronok.

"Josh, I suka kalau you dengan Orked." ujar  Rafael tiba tiba.
"Huh?"
"You've changed. Change for good Josh."
Joshua hanya mengangguk perlahan tanda setuju.
"You still mad at your mom Josh?"
"Kalau you?"
"You tak nak dengar penjelasan dia? People change Josh, even you change." pujuk Rafael.

Dia yang kupilihWhere stories live. Discover now