Orked memerhati Joshua yang sedang grind coffee. Dia tidak pernah menyangka jalan hidup Joshua begitu. Joshua ketika bekerja berwajah serius. Jarang tersenyum. Kerana itu dia jarang melayan customer. Dia tidak pandai bermesra padahal cafe ini bisnes sendiri walau dikongsi bersama seorang lagi partner juga ex bos nya.
Joshua tidak pernah melayan gadis gadis muda yang meninggalkan nombor telefon kepadanya, bukan Orked tidak perasan antara customer mereka ada yang meminati Joshua. Bukan juga Orked tidak perasan mata mata yang memandang mereka ketika mereka pulang bersama.
Joshua kelihatan hidup sederhana saja. Pergi dan balik kerja naik monorail, tidak pernah berlagak bos dicafe nya. Joshua tidak banyak merungut. Tapi sesekali ketika Joshua ketawa sewaktu dia dan Rafael bersama, Orked menyedari hatinya sedikit berdebar. Joshua sedang berjalan menghampirinya. Senyuman Joshua kepadanya..
"He's look so bright..."Tiba tiba langkah Joshua terhenti. Seorang wanita lewat 40an yang cantik dan bergaya mendekati Joshua. Mereka bertatapan seketika.
"Mummy..." Joshua kemudian memandang Orked. Orked membuat isyarat tanda faham. Joshua dan wanita itu kemudian berlalu memasuki pintu pejabat cafe tersebut. Orked menghabiskan minumannya dan meninggalkan cafe.
**********************************
Joshua cuba menarik nafas panjang. Laci dibiliknya ditarik kasar satu persatu. Inilah yang terjadi setiap kali dia berhadapan dengan mummynya. Setiap patah kata mummy dan daddynya menerjah nerjah digegendang telinga.Anxiety. Dia cuba mencari pilnya tetapi tidak jumpa. Dia ke dapur mencari paper bag yang kecil. Segera dia menekup mulutnya dan mencuba mencari nafas. Dia keruang tamu dan mencapai handphone. Nombor Orked ditekan.
Tidak sampai lima minit Orked sudah sampai. Orked membawa Joshua kesofa. Joshua mengalih paper bag ditangan. Orked mencapai dan meletakkan paper bag atas meja.
"Josh, look at me. Breath slowly." Joshua menurut. Beberapa ketika Joshua semakin pulih.
Orked menggosok gosok belakang Joshua. Dia mengesat air mata Joshua yang merembes. Perlahan membawa Joshua kepadanya. Joshua dipeluknya kejap.
"It's okay... I'm here..." ditepuk tepuk belakang Joshua perlahan kemudian dilepaskan. Orked bangkit dan mengambil segelas air untuk Joshua. Joshua meneguk dan berasa sedikit lega.Orked kembali duduk diatas sofa. "Come, baring here." Orked menepuk nepuk pehanya tanda mengarahkan Joshua baring dipehanya. Joshua teragak. Orked menarik Joshua. Kini kepala Joshua diatas riba Orked.
"Kalau tak sampai esok you tak tidur. Try to sleep. You will feel better tomorrow." ucap Orked perlahan.
Joshua melepaskan nafasnya. Haruman lotion Orked menenangkannya. Jam menunjukkan pukul 10.35malam. Jemari Orked mengelus elus rambut ikal dan dark brown Joshua. Joshua memejamkan matanya. Sesekali Orked menepuk nepuk Joshua, Joshua mencapai jemari Orked dan membawa kepipinya. Airmatanya mengalir. Seketika kemudian matanya terlelap keletihan melawan perasaan sendiri.
*********************************
Joshua terjaga pada pukul tiga pagi. Tangannya masih dalam genggam Orked. Dia perlahan bangkit dari baringan. Dia rasa bersalah apabila melihat Orked terlentok tertidur diatas sofa begitu. Dia juga rasa bersalah menghubungi Orked. Dia tahu Orked baru pulang outstation dan penat. Mujurlah esok Sabtu.Joshua merenung wajah Orked yang tertidur pulas. Joshua tidak pernah beritahu sesiapa tentang ini, dia suka kening Orked yang terbentuk cantik tanpa dilukis. Perlahan jarinya menyentuh kening Orked. Bibir orked kemerahan tanpa calitan lipstick juga disentuhnya. Dadanya yang berdegup laju dari biasa disentuhnya.
"What is this..."
Joshua cepat cepat mengalihkan jarinya. Dia segera mengangkat Orked ke bilik tamu.
YOU ARE READING
Dia yang kupilih
Romance"Tak mungkin I jatuh cinta dengan mana mana lelaki lagi." Orked. "Cinta? Dah lama mati." Joshua. Jangan menafi nikmat Tuhan bernama cinta walau sesakit mana kau pernah rasa kerana cinta. Hati ini milik Tuhan, bila bila Dia ingin diubah, ia akan teta...