Joshua terjaga dari tidur. Dia menggapai handphone. 7.45 am. Dia bangun dari katil, mencuci muka dan menggosok gigi. Rambutnya dibetulkan. Dia turun ke tingkat bawah. Dari jauh dia melihat Orked sibuk trying to flip her pancake. Apabila berjaya, dia bersorak sendiri. "Yes!!"
Orked dengan t-shirt Rafael dan short pant, juga milik Rafael. Keduanya besar pada tubuh Orked yang kecil. Rambutnya diikat bun. Joshua berdehem. Tidak mahu mengejutkan Orked.
"Hye Josh, morning!" ucap Orked, ceria. "Wait.. Raff mana?" Joshua mengangkat bahu. Dia cuba menarik kerusi untuk duduk.
"No, jom kejut Raff. Kalau tak dia tak breakfast." Orked menutup api. Dia menarik lengan Joshua dan mengheretnya ke bilik Rafael."Raff, wake up!!" Orked menggerakkan ibu jari Raffael seraya dia terjaga. Itu petua mamanya, gerakkan ibu jari kaki.
Rafael mengeliat malas. Dia kemudian kembali menutup mata. Joshua bertindak menutup suis aircond. Selamba.
"Bangun!!!" Orked menguatkan suara. Dia cuba menarik blanket yang menutupi Rafael.
"Berani you tarik. I tak pakai apa apa ni. Kang terkejut." Usik Raffael.
"Ishh, Josh, tolong!" Joshua tidak berani tarik. Rafael ni bukan boleh percaya sangat.
Orked tak puas hati. Dia menarik tangan Joshua supaya turut sama lompat di atas katil. Joshua terpinga tetapi ikut melompat. Dia tertawa sendiri. Orked ini gila. Rafael bengang apabila tidurnya diganggu dengan lompatan Orked berkali kali. Rafael menangkap kaki Orked."Stop, I wake up!" Rafael mengalah.
"And Josh, You too. Stop it." Joshua hanya sengih.**********************************
"You nak honey, cream or chocolate?" soal Orked sambil tangannya ligat meletakkan pancake diatas piring."Cream with honey and also.. Strawberry please." Rafael menjawap. Orked hanya menurut. Dia menjeling Joshua yang mengambil pancake nya sendiri, membelah strawberry dan menuang honey.
Selesai membuat pancake yang dipinta Rafael, Orked membuka peti ais.
"Raff, you tak ada strawberry milk ke?" Orked kecewa.
"Alaa sorry I lupa nak beli, tak expect you tidur sini. You sorang je minum strawberry milk. See us. Normal people drink fresh milk okay."
"No, I don't like it." Orked menjawap nada tidak puas hati.
"Strawberry banyak lagi?" Joshua tiba tiba bertanya. Orked hanya mengangguk.Joshua mengambil sepaket strawbery dan dicuci, dia kemudian memotong kecil kecil, mencampurkan brown sugar bersama strawberry yang telah dipotong, dia menggaul keduanya seketika kemudian memasukkan kedalam jar. Dia menekan ais di peti ais kedalam jar kecil tersebut, dia akhirnya menuang fresh milk ke dalam adunan tadi. Selesai mengacau susu dan strawberry tadi, dia menghulurkan kepada Orked.
"Try."Lambat lambat Orked meneguk. Matanya tiba tiba bersinar.
"Wahh, so fresh." puji Orked.
"Nak rasa." Rafael mengambil strawberry milk ditangan Orked.
"Wow, tak sia sia you buka cafe kan Josh." Joshua tidak menjawap. Dia hanya senyum dan mengemas dapur yang sedikit berantakan.
"Tapi tu yang paling simple sebab Orked dah banyak bunyi. Come to my cafe next time, I'll give you the real taste of our strawberry milk." Joshua akhirnya bersuara."Okay, I will!" Orked menjawap riang.
![](https://img.wattpad.com/cover/209295673-288-k979388.jpg)
YOU ARE READING
Dia yang kupilih
Romance"Tak mungkin I jatuh cinta dengan mana mana lelaki lagi." Orked. "Cinta? Dah lama mati." Joshua. Jangan menafi nikmat Tuhan bernama cinta walau sesakit mana kau pernah rasa kerana cinta. Hati ini milik Tuhan, bila bila Dia ingin diubah, ia akan teta...