Part 6

6.5K 102 0
                                    

"You masih marahkan I?" Jaszle memandang Orked. Perlahan dia menghirup ice latte yang baru dihantar ke meja mereka.
"Tak ada apa yang akan berubah kalau I masih marah pun." Orked menjawap perlahan.
"I'm sorry for everything Orked. I know you deserves someone better." Jaszle tahu tidak ada kata yang mampu menyembuhkan hati Orked. Tiga tahun masih tidak mampu membuat Orked melupakan pengkhianatannya selama ini.

"I okay.. I akan okay. You know me. It may be take years, but I'll be okay." Orked cuba menahan sebak didadanya. Ego Orked lebih dari segalanya. Dia tidak akan menangis didepan lelaki ini.
"It's good to see you again." Jaszle menghabiskan sedutan ice lattenya. Dia mengeluarkan sekeping kad undangan dan menghulurkannya kepada Orked.
"You'll come right?"
"InsyaAllah."
Jaszle kemudian meminta diri untuk pergi.

Dari jauh Joshua memerhatikan mereka. Walaupun jauh dihujung paling sudut, Joshua masih nampak Orked dan seorang lelaki. Lelaki itu melangkah keluar. Sebaik saja Orked melihat bayangnya hilang, air matanya jatuh tiada henti. Orked menepuk nepuk dadanya menahan tangis. Mujurlah tidak ramai customer hari ini.

Joshua datang bersama segelas vanilla latte kegemaran Orked. Dia duduk berhadapan Orked tanpa dipinta. Dia mengambil kad jemputan yang tidak disentuh Orked.

"Nak I teman tak?"
Orked berhenti menangis mendengar pertanyaan Joshua yang tiba tiba.
"Pergi mana?" Orked mengesat air matanya. Joshua menunjukkan kad ditangannya.
"This."

********************************
Joshua tidak tahu kenapa dia membuat tawaran itu, yang dia tahu dia faham apa yang Orked rasa. Dia mengemaskan kolar kemejanya. Bunyi loceng membuatkan dia bergegas mengambil kunci kereta dan wallet menuju ke muka pintu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, matanya terpaku melihat Orked. Orked memakai kabaya moden yang sederhana dengan make up tipis dan badannya kecil sahaja tetapi dia terlihat cukup anggun.

Orked memetik jarinya dimuka Joshua.
"Kita naik kereta I." Joshua memulakan bicara.
"Huh? You ada kereta?" Orked tahu Joshua selalu ke tempat kerja menaiki monorail, dia tidak fikir Joshua ada kereta sendiri.
"I pinjam kereta Alice." bohong Joshua. Orked mengangguk. Dia hanya mengekori Joshua. Dari belakang dia memerhati Joshua.

"Not bad." bisik Orked.

Dia yang kupilihWhere stories live. Discover now