Part 20

4.3K 93 3
                                    

Alicia duduk tanpa dijemput sebaik saja dia memasuki rumah Joshua. Ditangannya terdapat satu bekas berisi cookies. Alicia menghulurkan bekas berisi cookies tersebut kepada abangnya.

"White chocolate macadamia cookies. Made by Kak Orked. Don't worry, kali ni tak hangus. Nice." Alicia mencapai remote control. Joshua duduk disebelah adiknya.

"Bang, I need to confirm with you about something."
"What?" Joshua memasukkan sebiji cookies kedalam mulutnya.
"Do you still love Kak Lis?"
"Do I need to answer this question?"
"Yes."
"Wow, nice lah this cookies. You want?" Joshua cuba mengubah topik.
"I will help you if you still love Kak Lis."
Sebaris ayat Alicia menghentikan kunyahan
Joshua.
"Do you think I deserve to be love? Do you think someone still want me if they know who I am?"
"Come on abang, ini dah 2020, who cares about that? This is not a drama dulu dulu."
"I still don't wanna hurt anyone."
"Forget about that. My question is, do you still love Kak Lis?"
"No, I'm not."
"How about my dear Kak Orked? "
"I don't deserve her."
"I think I've got my answer."
Alicia menjawap sambil matanya memandang satu balang kaca kecil berisi cookies separuh hangus yang disimpan rapi di atas rak tepi dapur Joshua.

**********************************
"Kenapa tak ajak Josh?" Rafael bertanya sambil mulutnya mengunyah steamboat yang baru diletakkan di atas meja.
"You kata Josh tak suka crowd place macam ni. I dah lama tak datang Danau ni. Dulu selalu kita datang makan steamboat cucuk cucuk and pisang goreng cheese dia kan." jawap Orked.
Rafael tertawa. Kalau tidak kerana Orked, dia tidak pernah makan 'steamboat cucuk-cucuk' ini.
" Eh tapi you ada bagi tahu Alice tak you teman I ni? "
" Of course. Dia nak ikut tapi esok ada class. Takut lewat pula. "
" Bila you nak bagi tau Josh pasal you all?"
Soalan Orked hanya dibalas keluhan Rafael.
"I rasa dia okay je lah. Lagipun you kena ingat Raff, dia tu wali tau kalau bapak diorang tak ada."
"Joshua can't be her wali."
"Huh, why?"
"Hmm.. They are from same mom but different dad."
"Really?"
"Yup, Joshua don't even know who is real dad."
"Wait, what??"
*********************************
Joshua tidak pernah faham namanya tiada bin. Mungkin kerana keluarganya campuran tapi tidak mungkin. Alicia berbintikan Johan Liu. Tidak pernah faham kenapa mummy tidak pernah datang sekolah setiap kali ada hari perjumpaan ibu bapa, mummy tidak pernah tanya dia sihat, dia mahu apa. Dia selalu beranggapan mummy sibuk. Tapi dia mula rasa sesuatu tidak kena apabila Alicia lahir dan membesar. Mummy ada masa untuk semua aktiviti Alicia. Mummy peluk Alicia, mummy kiss Alicia. Mummy tidak sentuh dia. Semuanya diuruskan oleh Mak Rose atau sengaja Joshua bergurau memanggilnya Rosa. Rosa uruskan Joshua sedari kecil. Daddy pun biasa biasa saja. Sibuk tidak begitu ambil tahu. Cuma kadang kadang apabila terserempak daddy hulurkan wang.

Joshua sudah biasa hidupnya diatur sendiri. Makan, pakai dan wang ringgit bukan masalah. Berkawan pula dengan Rafael yang hampir senasib dengannya, jadi tidaklah dia rasa pelik. Dia buatlah apa pun tiada siapa yang akan marah atau tegur kecuali Rosa.

Sehinggalah suatu hari apabila Joshua pulang kerumah selepas bergaduh dengan Malissa.

Dia terdengar mummy dan daddy bergaduh.
"I accept you and your illegitimate son and still you want to meet him? You still love him? Then get out and bring your son to his father!"

Mummy hanya menangis. Menerangkan mereka berjumpa atas dasar kerja dan begitulah. Sehingga Joshua muncul dihadapan mereka meminta hal itu dijelaskan kepadanya. Mummy terkejut. Daddy juga.

Joshua terbang ke London esoknya juga, berjumpa datuk dan nenek sebelah ibunya yang menetap disana. Mencari tahu siapa dirinya.

Mummy mengandungkan dirinya semasa masih belajar disana. Cinta pertama mummy. Dia hampir digugurkan tetapi keadaan mummy tidak baik dan menggugurkan kandungan pada usia kandungan waktu itu, bakal memudaratkan mummy. Mummy melahirkan dia tanpa bapa kerana lelaki itu tidak mahu bertangungjawap. Dan ia, dia lebih kecinaan bukan kerana daddy, tapi kerana bapa kandungnya, seorang lelaki cina. Keluarganya bukanlah keluarga yang tinggi ilmu agama. Boleh dikata Islam hanya atas kad pengenalan. Keluarga mereka hampir kesemuanya kahwin campur.

Mummy jadi begitu kerana semakin Joshua membesar, wajahnya mengingatkan mummy pada bapa kandungnya. Dan mulai hari itu, dia harus belajar bahawa dia anak tidak sah taraf, dia tidak disayangi dan hampir dibuang, dia bukanlah anak yang dimahukan.

Dengan Melissa meninggalkannya, hidup  terumbang ambing. Joshua keluar dari rumah dan hidup sendiri. Hanya Alicia yang ambil tahu tentangnya kerana dari dulu mereka memang rapat. Bagi Joshua, Alicia adalah segalanya.

Dia yang kupilihWhere stories live. Discover now