Part 25

4.3K 115 3
                                    

Tetamu yang hadir semakin ramai. Orked ditugaskan di bahagian goodies bag, dia hanya perlu memastikan goodies bag cukup disusun diatas meja supaya mudah si pengedar goodies bagi edarkan kepada tetamu yang hadir. Joshua bersama sepupu sepupu lelaki Orked membantu tetamu yang hadir mengambil tempat. Pengantin tiba pada jam 12.30 tengah hari, pasukan kompang dan silat sudah bersedia. Majlis diadakan dengan penuh meriah dan adat.

Band yang dijemput mula memainkan muzik dan menyanyi sebaik saja pengantin mengambil tempat diatas pelamin yang dihias indah. Joshua kelihatan sibuk, sesekali mama berbisik bisik kepadanya, sekejap mak long, seketika pak ngah dan pak teh. Orked senang Joshua pandai membawa diri.

Hampir pukul 2.45 petang, tetamu mulai surut tetapi kerusi masih penuh. Sepupu Orked bergilir menyanyikan lagu, band yang dijemput sangat baik melayan sahaja permintaan mereka. Orked masih sibuk mengeluarkan baki goodies bag dan disusun diatas meja ketika adik sepupunya mencuit lengannya.

"Kak Orked, lepas ni turn Abang Joshua nyanyi." dia melihat adik sepupunya tersenyum senyum.

Orked berpaling apabila muzik intro dimainkan. Dia melihat Joshua sudah memegang mikrofon. Orked berhenti menyusun goodies back dan fokus kepada Joshua.

Joshua berdehem beberapa kali. Sudah lama dia tidak menyanyi. Dulu dia dan Rafael kerap praktis bersama sama.

'Kali ini kusedari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh... Aku cinta padamu.....'

Sepupu sepupu Orked bersorak apabila verse pertama dinyanyikan Joshua. Joshua membalas dengan kenyitan mata. Tetamu yang hadir tertawa dengan gelagat mereka.

'Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku
Seumur hidupku....

Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karna.. Kamu memang untukku..'

Joshua menyanyi dengan sepenuh hati. Bait bait lagu dilafazkan dengan penuh perasaan. Sesekali Joshua menatap Orked dari jauh.

"Sedap gila suara Abang Joshua." Orked terdengar sepupunya memuji.

Senyum Orked mati ketika seseorang menyapanya.

Jaszle.

**********************************
Keluarga Orked baru sahaja selesai sesi suai kenal kepada suami Linda dan membuka hadiah. Joshua seronok melihat bagaimana Pak Ngah memperkenalkan dari Atuk sehingga cicit dari keluarga itu kepada ahli keluarga baru mereka.

Kedatangan Jaszle malam itu secara tiba tiba tetap disambut baik oleh keluarga Orked. Jaszle salam dengan semua ahli keluarga Orked dan Mak Ngah menghidangkan makanan kepada Jaszle. Mama yang baru selesai solat Isyak turut datang menyapa Jaszle. Orked hanya bertegur sekejap kemudian kembali keruang tamu. Jaszle meminta diri seketika kemudian setelah menjamah hidangan, Jaszle memang begitu, dia sangat menghormati orang tua. Orked tidak terkata apa apabila Jaszle datang tadi, kebetulan ada kerja katanya.

"Ked, boleh hantar I sampai kereta. I ada something nak cakap dengan you." Jaszle menghampiri Orked selepas berpamitan dengan ahli keluarga Orked untuk pulang. Orked hanya mengangguk dan berjalan menuruti Jaszle. Joshua yang sedang minum kopi disebelah Atuk  memerhati mereka dari jauh.

" Thanks for coming Jaszle. But you know, it's okay if you are not. Sorry susahkan you, sorry for Mak Ngah's behalf." Orked perlahan bersuara apabila mereka sampai dikereta Jaszle.

"It's okay. Lagipun kebetulan I ada kerja kat sini." Jaszle menjawap.

Diam.

"Ked, I think I miss you." suara Jaszle perlahan namun jelas. "..... I meet your family and suddenly I miss everything. I miss us."

"Jaszle, you are a married man! I anggap I tak pernah dengar. You balik. Careful bawa kereta." Orked cepat-cepat ingin berlalu.

"Ked, please forgive me. I tahu you tak boleh lupakan I. Sebab tu you datang wedding I bawa that guy kan. 5 tahun tu lama Orked, tak semudah tu you akan lupakan I. I tahu you sayang I and masih sayangkan I!" Jaszle memegang lengan Orked.

"Jasz, you baru sedar ke 5 tahun tu lama? You tahu tak what I've been through this past few years? You tahu apa jadi pada I?  Tapi Jasz, I cuba tak salahkan you. I tahu I tak sepadan dengan you. I ikhlas doakan you bahagia even hati I ni hancur Jasz. You tahu kenapa I pergi juga wedding you? Sebab I nak you hidup dengan baik tanpa rasa bersalah pada I. Why you being so cheap like this Jasz! " Orked mengesat air matanya yang mengalir.

" Orked! " suara Joshua membuatkan Jaszle tidak membalas Orked lagi. Dia memandang Joshua tidak puas hati dan segera masuk kedalam kereta.

**********************************
Empat tahun lalu.

Rafael keluar dari hospital selepas melawat rakannya yang kemalangan jalanraya. Dia berjalan menuju ke parkir kereta. Telinganya terdengar perbualan seorang gadis dan seorang lelaki. Si gadis masih berbaju hospital dan membawa drip bersama. Wajahnya pucat dan seperti pernah dilihatnya.

"Come on Ked, you buat macam ni you rasa kita akan baik ke?"
"I buat apa?"
"Ni? Tak makan, tak tidur sampai pengsan and warded. You sengaja nak buat I rasa bersalah? 3 months dah Ked, I'm sorry but please, forget me." suara lelaki itu tegas dan annoying. Yes, sangat menjengkelkan dipendengaran telinga Rafael.

"Jasz, I boleh terima when your mom doesn't like me. But you tell me we will fight together. Lima tahun I sabar. I sabar setiap kali family I, and I kena hina. I pernah ask for break up, tapi you janji pada I you akan fight sama sama. For us, for our love. Kalau I tahu you berubah hati, I takkan tunggu you for 5 years. You tahu apa I rasa? I malu. I malu dengan family I, I malu dengan your mom and I malu pada diri I sendiri. Tapi paling buat I sedih, I tak boleh cakap you left me for someone else. I tak nak family I fikir tak elok pasal you. Because they love you so much, Jasz. Yes, I'm in pain. Hati I hancur Jasz, but don't worry, I tak akan kacau kebahagiaan you. I anggap ini fasa-fasa untuk I lupakan you. You pergilah. I tak minta you datang. I pun tak nak you tengok keadaan I macam ni. Dan kalau you datang nak tambahkan sakit hati I, I dah cukup sakit. So please I beg you... Go.. Leave me alone. " lirih suara si gadis.

Entah mengapa Rafael masih disitu. Kakinya seperti dipaku.

" Then I go. Don't ask Sofea tu call me again." lelaki itu kemudian berlalu. Orked sudah habis tenaga. Dia hampir terjelepok sebelum Rafael sempat menyambut.

Dan disitulah bagaimana Raffael menjadi sahabat dan teman baik kepada Orked Imani.

********************************
Joshua menyentuh lembut bahu Orked. Dia mengesat air mata Orked yang tersisa. Dia mencapai tangan Orked dan menggenggamnya kemas.

"Let's rest here few more minutes. You mesti tak nak they see you like this, right? "Suara lembut Joshua menusuk ditelinga Orked. Seketika dia berasa tenang disamping Joshua. Nafasnya ditarik dan kemudian dilepaskan perlahan. Haruman Joshua menusuk hidungnya. Tangan Joshua masih dalam genggamnya.

"Ked.."
"Hmmm..."
"Thanks sebab selalu ada when I need someone." Orked hanya tersenyum mendengar kata-kata Joshua
".. And I pun nak jadi orang yang selalu ada dengan you. Through thick and thin..."

Dia yang kupilihWhere stories live. Discover now