Part 26

4.5K 118 4
                                    

Orked dan Joshua gerak pulang selepas makan tengah hari. Beberapa kali ahli keluarga Orked memujuk untuk tangguh pulang. Sayang katanya datang Penang tidak berjalan jalan. Malangnya Orked staff baru, dia tidak mahu minta cuti berlama lama. Cutinya masih berbaki sehari sebenarnya, cuma dia tidak mahu terkejar kejar dan kepenatan jika tidak balik hari ini. Dia berjanji akan datang di lain kali.

Joshua memandu dengan tenang. Fikirannya masih dalam keramaian keluarga Orked. Dia rindukan suara anak anak kecil berlari lari dan bergurau senda, suara riuh mereka bersembang sembang. Sempat dia bertukar nombor dengan Rayfal, Rayqal dan Aedy. Sebut tentang Aedy, tadi pagi ketika Joshua ingin memanaskan enjin kereta, dia perasan tank minyaknya penuh. Dia bertanyakan Aedy tentang hal itu kerana Aedy ingin meminjam keretanya awal pagi tadi.

"Abah habaq isi penuh minyak kereta Abang. Tanda terima kasih kami sebab mai jauh jauh tolong kami. " jawap Aedy, selamba.

"Josh, why you diam je ni? You okay tak?" Orked menegur apabila melihat Joshua yang terdiam dari tadi.

Joshua tersedar dan hanya mengirim senyum kepada Orked.

**********************************
Mereka sudah memasuki Kuala Lumpur apabila Joshua mendapat panggilan telefon daripada Raffael.

"Alicia accident. Actually pagi semalam lagi tapi dia tak bagi I inform you."
"Then where is she now? Which hospital?"
"Dah nak check out. Parent you hire private nurse at home, she broke her leg. Tak teruk sangat. We get permission to treat the rest at home. Private doctor also will come if needed." terang Raffael. Joshua mengeluh berat.

"Thanks Raff.."
"Not a big deal, you balik sini k."
"Okay.." panggilan diputuskan.

"Ked, boleh kita straightly pergi rumah I?"
"Sure. I pun nak tengok Alice." suara Orked juga kerisauan.

**********************************
Orked mengekori Joshua melangkah memasuki rumah agam itu. Sebaik sahaja kaki melangkah, Orked melihat Raffael sedang berbual bual dengan seorang lelaki berusia hujung 50an. Masih segak orangnya. 

"Alice dalam bilik." Raffael menjawap tanpa ditanya apabila dia ternampak mereka berdua. Joshua tidak menyapa sesiapa. Laju sahaja kakinya melangkah menuju ke bilik adiknya. Sempat Orked mengirim senyum tanda hormat kepada lelaki tadi.

Kepala Alice berbalut. Luka dimana mana bahagian tubuhnya. Joshua terus sahaja memeluk adiknya itu. Orked turut memeluk Alicia.

"Kak, tengok my face. Nanti Alice dah tak laku!." rengek Alicia. Joshua menjentik dahi adiknya perlahan.
"Itu yang Alice fikir? Macam mana bawa kereta? Berangan? Or bergayut dengan Raff?"

Mata Alicia membulat. Dia memandang Orked. Orked mengangkat bahu.

"Don't think I know nothing, Alice. I'm your brother and Raffael is my bestfriend." suara Joshua tegas.

Alicia hanya tersengeh.

"Abang, sleep here tonight. Dah lama abang tak balik."
"Tak boleh, I need to send Kak Orked back." Joshua memberi alasan.
"Kak Orked can sleep here. Esok akak kerja?"
"Errr... No.."Orked serba salah.
" Then both of you can sleep here tonight." tiba tiba satu suara asing terdengar.

"Mummy please pujuk Kak Orked. Abang will listen to her." Alicia menambah.

Suara asing itu rupanya mummy Joshua. Pantas Orked menghulur salam.
"Hi auntie, I'm Orked."
"Orked? Woww.. What a nice name. Alice always talk bout you. And she's true, you're so pretty.." tangannya menyentuh lembut kepala Orked.

"So, tidur sini malam ni?" pujuk mummy Joshua.
"I said NO!" Joshua serba salah. Bimbang Orked rasa terbeban. Orked memegang lengan Joshua.
"It's okay. I will sleep here tonight. Lagipun esok Orked cuti lagi. I...I can stay.." Orked tidak mahu keadaan lebih tegang.

Joshua memandang Orked.
"Kita stay okay. Esok kita balik. Kita teman Alice." pujuk Orked. Joshua hanya mengangguk.

Dia yang kupilihWhere stories live. Discover now