Part 11

5.7K 110 4
                                        

Semalam sebelum Rafael pulang sempat Rafael berpesan kepada Orked tengokkan Joshua. Orked tidak bertanya lanjut. Dia hanya mengangguk.

Hari ini Ahad. Handphone Orked yang berlagu berkali kali membangkitkan Orked dari tidur. Panggilan dari Alicia. Cepat cepat Orked slide button hijau.

"Akak, tolong tengok abang. Alice letak kunci abang dalam drawer tv akak. Nombor dua. Please." Alicia bersuara cemas.
"What?? When..? Okay nevermind. I'll ask you later." banyak soalan Orked nak tanya tetapi panggilan Rafael diterima berkali kali.
"Yes Raff.?" orked bangkit dan menuju keruang tamu. Tangannya ligat mencari kunci.
"Orked, tolong tengok Josh. I tak sedap hati. Tadi Alice call I. I nak pergi tapi I on the way ke JB. Please Ked."
"Apa dah jadi ni. I tak fahamlah. Tak apalah, I dah jumpa kunci yang Alice tinggalkan. Apa apa I call balik."
"Thanks Ked."

Orked memanggil Joshua berkali kali. Pintu akhirnya berjaya di unlock. Orked kembali menutup rapat pintu. Kunci diletakkan dia atas meja. Rumah Joshua berselerakan. Mujurlah tidak banyak barang pun dirumahnya. Orked mencari cari kelibat Joshua.

Orked menuju kebilik. Dia akhirnya melihat Joshua disatu sudut. Joshua menggigil. Pil depresi bertaburan. Dia tahu pil itu kerana Rafael juga pernah mengambil pil itu atas saranan doktor. Perlahan Orked menghampiri Joshua. Tangannya lembut menyentuh kepala Joshua. Orked mendekat dan memeluk Joshua.

Joshua membalas pelukan Orked. Tidak semena airmatanya jatuh tiada henti. Penat dia melawan diri semalam. Mencuba tidak mengambil pil itu. Mujur saja Orked sampai tepat pada masanya pagi ini.

*********************************
Orked menarik selimut menutupi sebahagian tubuh Joshua. Selepas Orked meminta Joshua mandi, Joshua terus terlelap selepas semalaman tidak tidur. Orked meninggikan suhu aircond. Sempat Joshua berpesan supaya tidak meninggalkannya dalam separa sedar tadi. Orked tahu, jika dia sedang waras, tak mungkin perkataan "Don't leave me." keluar dari mulut Joshua tadi.  Dia merenung wajah Joshua. Dalam tidak sedar Joshua mengalihkan lengannya keluar. Beberapa kesan toresan halus lama dan baru jelas di lengan Joshua yang selalu ditutupi dengan baju lengan panjang.
"What actually happen to you Josh?"

Wajah Joshua ketika di zaman kolej menyapa di ingatan Orked. Memang mereka tidak rapat lansung, tetapi setiap kali berpapasan atau sesekali bertembung apabila Rafael menegurnya, Joshua such a bright person. Walau tidak menyapa, Joshua masih mengirim senyum. Orked mengeluh sendiri. Dia mengemas barang yang bertaburan. Disusun di tempat asalnya kembali.

Selesai mengemas, Orked kembali ke rumahnya kembali. Dia masih berbaju tidur apabila keluar dari rumah tadi.

*********************************
Joshua terjaga dari tidur. Jam menunjukkan pukul 1.45 tengah hari. Suara perempuan ketawa diruang tamu membuat langkahnya laju keluar dari bilik.

"Hah, dah bangun. Cuci muka. Lunch atas meja." Orked kembali menumpukan matanya kepada rancangan Running Man yang sudah lama tidak ditontonnya. Sesekali dia ketawa.

"Err.. You tak balik lagi?" Soal Joshua.
"You halau I ke?" Orked membalas dengan pertanyaan. Pasti Joshua tidak sedar dengan kata katanya ketika separa sedar tadi.

'Don't leave me.'

"No, no.. I mean.. Thanks.." Joshua meraup mukanya. Rambutnya kusut.

"Josh, cuba you tengok cermin." Orked tertawa halus.

Joshua cepat cepat membetulkan rambutnya. Dia masuk ke bilik air mencuci muka dan menggosok gigi.

**********************************
"Ni you masak ke?" Soal Joshua. Dia tidak mahu membiarkan Orked awkward kerana diamnya.
"Ye la. Tak sedap pun telan je. Tapi I terer masak tom yam tau. Tu benda paling senang dan mudah untuk I masak. Campak je semua." Orked menjawap riuh. Okay, Orked sebenarnya memang banyak cakap. Cuma apabila berdepan dengan Joshua yang nampak pendiam, dia biasanya berborak dengan Rafael sahaja jika ada mereka bertiga.

"Sedap. I suka." perlahan Joshua memuji.
"What?" suara Jae suk membuatkan Orked kurang dengar. Jarak mereka juga agak jauh walaupun apartment ini sederhana luas sahaja.
"Err.. Nothing."

Selesai makan dan membersihkan meja, Joshua duduk disebelah Orked yang selesa bersila dia atas sofa. Selesa dan bersahaja. Joshua memandang Orked.

"Err.. You.. Thank you and sorry susahkan." perlahan Joshua memohon. Orked menurunkan sound tv. Dia meletak remote control kembali dan memusing mengadap Joshua. Dirinya didekatkan kepada Joshua.

"Are you okay?" Perlahan Orked bertanya.
Joshua mengangkat wajahnya.
"I.... I'm fine it's just...."

Orked semakin rapat. Perlahan membawa kepala Joshua ke bahunya. Dia menggosok gosok perlahan kepala Joshua. Tangan kirinya menepuk nepuk lembut belakang Joshua.

"It's okay Josh.. You have us.. Next time ada apa apa, I kat sebelah je okay. You can call me anytime. I'll come to you."

Dia yang kupilihCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang