Part 8

6.1K 96 2
                                    

Joshua bangkit dari sofa apabila bell roomnya berbunyi berkali kali. Rafael tersengih selepas pintu dibuka. Dia masuk tanpa dipinta. Rafael menghenyakkan punggungnya ke sofa Joshua dan meletakkan satu bekas diatas meja kecil dihadapan mereka.
"Makan. Cookies. Orked buat." Rafael mengambil remote ditangan Joshua.
Joshua membuka bekas comel tersebut.
"Tengoklah you boleh telan ke tak." Rafael ketawa.
Joshua terasa mahu ketawa melihat cookies separuh hangit Orked.
"You know what? She call me just to taste this terrible cookies." Rafael mengadu.
"Josh, I nak tanya something." Mata Rafael masih di kaca tv.
"What?" Joshua menggigit sedikit cookies Orked.
"Why you teman Orked to Jaszle's wedding?"
"Kenapa tanya?"
"Saja, just want to know."
"I have no reason." Joshua masih mengunyah cookies Orked.
"You like Orked?"
"Well.. She's fine."
"Come on Josh you know my exact question. You love her?"
Joshua berhenti mengunyah.
"You should know me Raff, love? Tak semudah tu. Cinta dah mati."

*********************************

"Tell me everything pasal Abang Raff." Alice buat muka manja. Orked ketawa kecil.
"Alice bukan kenal Raff dari kecil ke. Mesti Alice lebih tahu dari akak." jawap Orked. Dia menyudu Haagen Dasz berperisa green tea kegemarannya kedalam mulut.
"Ermm.. Tapi bila dia masuk kolej, Alice tak tahu sangat." Alice memuncungkan bibirnya.

"Well.. You know kan Rafael such a player. Dia ramai girlfriend. Ermm. I dont think girlfriend, scandal.." Orked menjeling Alice. Ingin membaca reaksi gadis itu.
"I know!"
"But you still want him?" Orked menguji.
"He's actually such a gentle man kan. Kalau tidak kenapa akak boleh be friend with him." Alice membalas sambil menyuap macadamia ice cream kedalam mulut.

"Ermm... I know right. Kenapa eh akak kawan dengan dia?" mereka sama sama ketawa.

Rafael.
Siapa tidak kenal Rafael dan Joshua semasa di kolej dulu. Keduanya punya rupa, Rafael, ramai kawan perempuan sampai dicop buaya, tambahan anak orang ada ada. Joshua pula kerana rupa dan kekasihnya yang cantik jelita, Melissa. Pasangan merpati dua sejoli. Orked tidak begitu mengenali Joshua. Mereka berlainan course.

2014

Rafael lambat hari ini. Semalam clubing sampai pukul 4 pagi. Joshua pula tiada kelas pagi ini, tidak kejut dia lansung. Sempat Rafael menyepak katil Joshua sebelum keluar tadi.
"You, tak ada orang kan?" Tegur Rafael. Hanya kerusi itu sahaja yang kosong. Gadis itu hanya mengangguk.
"You, paper sekeping, errr dengan pen." Rafael mencuit gadis itu lagi. Sudah lambat dia hanya bawa buku sahaja buat syarat.

Gadis itu berpaling.
"You datang kelas bawak telur je ke?"
Gulp. Rafael terpinga. Tidak pernah mana mana perempuan jawap begini dengannya. Rafael bengang.
"Kalau tak nak bagi tak pelah." Namun tetap gadis itu menghulurkan sekeping kertas dan pen untuk Rafael.
"Thanks."

Kelas berakhir. Tidak sempat Rafael memulangkan pen gadis tadi sudah hilang. Rafael bangkit, kakinya terpijak sesuatu ; matrix card - Orked Imani binti Jeffri.

Klasik and cute.

Dia yang kupilihWhere stories live. Discover now