Joshua membaca whatsapp yang diterimanya. Ini bukan kali pertama dia menerima whatsapp dari Melissa. Bertanya khabar atau bertanya mengapa mesejnya tidak dibalas. Namun kali ini Melissa mengajaknya berjumpa dan jika tidak Melissa akan datang kerumahnya. Mesej itu diterimanya semalam. Waktu menunjukkan hampir tujuh pagi. Joshua bangkit dari katil ingin melihat adakah Orked sudah bangun dibilik sebelah tetapi bunyi loceng pintu melangkahkan kakinya membuka pintu.
"Lis, you buat apa pagi pagi datang rumah I." Joshua sedikit terkejut melihat Melissa didepan rumahnya.
"I ada shooting dekat area rumah you ni. So I singgah. May I come in?"
Joshua akhirnya menjemput Melissa masuk."Duduklah. I tuangkan air." Joshua melangkah kedapur dan menuangkan jus apple. Melissa mengambil tempat dan duduk disofa.
Joshua meletakkan gelas dihadapan Melissa dan turut duduk. Mereka diam seketika.
"Josh, you masih marahkan I?" Melissa memulakan bicara. Joshua memandang wajah wanita yang pernah dicintainya sepenuh hati itu.
"Sebenarnya tak ada apa yang patut I marah you. You make a right decision. You left me and chase your dream. Kalau you masih bersama I, you got nothing. I minta maaf selama ni dalam tak sedar I salahkan you." jujur Joshua melepaskan. Betul kata Orked, memaafkan adalah yang terbaik."Jadi... Masih ada peluang untuk I? Untuk kita?" Melissa berterus terang.
Joshua tersenyum nipis.
"Bertahun I tunggu dan harap you balik pada I, but Lis, not anymore. I'm sorry. Thank you for coming back."
"But.. Why? We still love each other right?"
"Lis, what happen to you and Zack?" Melissa tersentak.
"You tahu..?"
"I tahu Lis. Tapi I tak nak adik I, Raff and adik you salahkan you. Biarlah semua orang ingat I ni tak matang, kuat cemburu dan tak faham kerja you. In fact, malam tu lepas I gaduh dengan mommy, I pergi apartment you. I just need a hug perhaps. But what I see.. You hug and kiss another man. I'll never forget that night Lis. I feel like a trash. "
Melissa tidak dapat menahan air matanya lagi. Rasa bersalahnya kembali.
"I'm sorry. I'm so sorry. It's just a mistake."
"It's okay... I dah maafkan. You baliklah.." Joshua bangun dari duduknya. Dia ingin kembali kebilik dan membiarkan Melissa tetapi Melissa sudah bangun dan memeluknya.
"I'm really sorry Josh tapi tak ada siapa sayang I macam you sayang I, tak ada siapa layan I better than you. I'm so sorry." Melissa menangis semahunya.Joshua tidak berganjak. Dia cuba menahan air matanya. Beberapa ketika Melissa mengalah. Dia melepaskan pelukan dan segera berjalan pergi. Joshua kembali terduduk selepas kelibat Melissa hilang.
Tanpa disedari, semuanya disaksikan Orked dibalik pintu bilik. Selepas memastikan Melissa pergi, perlahan Orked keluar dan menghampiri Joshua.
Joshua mengesat airmatanya yang enggan berhenti. Terasa kepalanya dipeluk lembut seseorang. Haruman lotion Orked menyedarkannya bahawa Orked berada dirumahnya. Joshua membalas pelukan dan memeluk pinggang Orked. Tubuh Orked yang kecil betul betul dalam dakapnya. Wajahnya dibenam badan Orked dan tanpa segan silu lagi Joshua melepaskan segala sedihnya.
'Kenapa you selalu nampak bad side I Orked?' - Joshua

YOU ARE READING
Dia yang kupilih
عاطفية"Tak mungkin I jatuh cinta dengan mana mana lelaki lagi." Orked. "Cinta? Dah lama mati." Joshua. Jangan menafi nikmat Tuhan bernama cinta walau sesakit mana kau pernah rasa kerana cinta. Hati ini milik Tuhan, bila bila Dia ingin diubah, ia akan teta...