Joshua cepat cepat melangkah ke biliknya. Niatnya hanya ingin singgah dan mengambil barang peribadi lamanya yang masih ditinggal dirumah keluarganya. Sebelum datang, sempat Joshua memastikan dengan Alicia sama ada mummy dan daddynya tiada di rumah.
"Mummy ada gathering, daddy outstation."
Joshua cepat cepat memasukkan barangnya kedalam bag. Dia kemudian segera keluar dari bilik dan menuruni anak tangga rumah agam tersebut.
Tiba tiba jalannya dihalang.
"Tak nak dinner dulu?"
"No thanks."
Joshua cepat cepat ingin keluar. Dia tidak boleh berlama menatap wajah mummynya."Joshua please, listen to mummy first. Kita dinner sekali malam ni. Daddy pun akan sampai sekejap lagi."
"He's not my daddy."
"Joshua!! "*********************************
Joshua baru sahaja sampai didepan pintu rumahnya apabila dia ternampak Orked keluar dengan luggage sederhana kecil."Where are you going?" tegur Joshua.
"Balik kampung." jawap Orked riang.
"Penang?"
"Nope. I nak balik tengok my grand pa. Dekat pahang."
Joshua melihat jam dipergelangan tanggannya. 2.45 petang.
"You drive ke?"
"Yep. Why?"
"Errr.... Emmm boleh I ikut you balik kampung?" Joshua meminta. Dia hanya ingin lari sekejap dari Kota Lumpur ini.
"Are you sure you nak ikut?"
"Tak boleh tak apa."
"No. Bukan tu maksud I. Okay jom."
"Naik kereta I lah." pelawa Joshua.
"I okay je mana mana. I tak payah drive." Orked tersengeh.
"Give me 10 minutes. I will pack my things as soon as possible."
"Alright."**********************************
"Dekat rumah Atuk you ada berapa orang?" Joshua memulakan bicara. Dia membetulkan sunglasesnya.
"Ada nenek dan Atuk I ja. Atuk I tak berapa sihat lately. Tu I minta cuti nak tengok tu. Kampung you kat mana?" Orked membuka handbag dan mencari macadamia nut nya.
"I mana ada kampung."
"Really? Then raya you pergi mana?"
"Ermm.. Tak pergi mana mana." Joshua menjawap pendek.
"Josh... Are you okay..?" Orked bertanya perlahan.
"Huh?"
"Nothing... I tak nak tanya tapi tiba tiba you nak ikut I balik kampung ni, there's must be something wrong somewhere." Orked memasukkan sebiji macadamia kedalam mulutnya. Joshua tidak menjawap. Inilah salah satu yang dia senang dengan Orked. Orked selalu dapat meneka moodnya.
"You memang makan sorang tak nak pelawa I eh?"Tahulah Orked, Joshua belum mahu berbicara tentang perkara itu. Orked kemudian menukar topik. Mereka berbual sehingga sampai ke Pahang.
*********************************
Joshua merenung sekeliling bilik. Selepas bersalaman dan berbual bual dengan atuk dan nenek Orked, dia diminta berehat didalam bilik. Joshua mengeluarkan t shirt, jogger pants dan tualanya. Dia keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Suara Orked ketawa riang menyapa telinganya. Dia mendekati Orked perlahan dan mencuit lengan Orked."Ked, air telaga belakang rumah ke?"
"Hah?" Suara kuat Orked ketawa memecah memenuhi ruang rumah.
"Nenek, dengar tak Josh tanya apa?" Orked menyambung tawa.
"Tak baik lah. Joshua, sini tak ada air telaga dah sayang.. Bilik air kat belah kiri tu. Pergi mandi, solat maghrib. Nanti kita makan sama." Nenek berbicara lembut.Wajah Joshua memerah. Sebaik sahaja Nenek bangkit dari tempat duduknya, Joshua membelit leher Orked dengan tualanya.
" Gelakkan I ya.. Ambik.. "Mereka sama sama ketawa geli hati.
YOU ARE READING
Dia yang kupilih
Romance"Tak mungkin I jatuh cinta dengan mana mana lelaki lagi." Orked. "Cinta? Dah lama mati." Joshua. Jangan menafi nikmat Tuhan bernama cinta walau sesakit mana kau pernah rasa kerana cinta. Hati ini milik Tuhan, bila bila Dia ingin diubah, ia akan teta...