"Dari mana?" Tegur Joshua. Tuala disangkut dibahunya. "Rumah Kak Orked." Alice menjawap sambil mengunyah blackcurrent. Matanya tertancap ke kaca tv.
"Abang, Kak Lis ni memang lawa kan."
Joshua mengalihkan pandangannya ke kaca tv. Melissa Elaira. Ya, bekas kekasihnya yang dipuja, disayang sepenuh hati kini adalah seorang pelakon terkenal.
"Tak ada cerita lain ke? Sejak bila Alice tengok drama melayu?" Joshua cuba merampas remote ditangan Alice.
"Alah saja nak tengok bekas bakal kakak ipar tak jadi." Alice mengusik. Joshua melempar kusyen kecil kepada Alice.
"Kenapa datang sini? Pergilah teman mummy kat rumah." Joshua cuba mengalih topik.
"Mummy kan pergi Milan dengan kawan kawan dia." Alice mengingatkan.
"Tapi kan.. Kak Orked pun cantik kan. Mata dia bulat hazel, hidung mancung, bibir merah, putih....."
"Memanglah, mana ada orang mata petak." Joshua memotong.
"Hishhh, tapi dia lawa kan?"
Joshua buat tidak dengar
"Abang... Do you still love Kak Lis?" Alice menumpukan matanya kewajah Joshua.
Joshua memandang kaca tv. Melissa sedang menangis didalam drama itu.
"I.... I don't know.."
**********************************
Rafael terpaku di muka pintu.
"Err... I tak tahu adik you ada." Rafael akhirnya melangkah perlahan dan meletakkan makanan yang dibelinya diatas meja. Alice hanya diam. Joshua melangkah ke bilik mandi meninggalkan Rafael dan Alice.
Awkward.
"Alice sihat?" Rafael memecah sunyi.
"Erm.."
Rafael hilang kata. Joshua ni kalau mandi memang lama. Keluh Rafael.
"Why don't you like me?" Suara Alice perlahan.
"I like you... As a brother to a lil sister." Rafael memejamkan matanya.
Rafael memandang Alice. Alice memakai short top dan short pant. Kakinya yang panjang dan putih membuat Rafael mengalih pandang.
"Wear something proper Alice." Rafael menegur. Dia kenal Alice dari kecil. Alice membesar menjadi gadis yang cantik. Bukanlah kali pertama dia melihat Alice berpakaian begitu, itu juga normal pada pandangan matanya. Tapi dia tidak suka orang lain melihat dan rasa apa yang dia rasa.
Alice melihat dirinya. Dia membuat reaksi wajah tanda tidak faham.
Rafael meraup wajah. Haruman Alice tiba tiba menusuk hidungnya. Alice betul betul rapat dibadannya.
"What's wrong with my appearence?" bisik Alice. Rafael memandang tepat kemata Alice.
"Don't tease me Alice."
"If not?" Alice semakin mendekatkan dirinya. Dia suka haruman Rafael. Menyenangkan.
Rafael cepat cepat bangun apabila terdengar derap kaki Joshua. Alice senyum nakal. Ya, Alice nakal. Senjata Alice; menggodanya. Tapi dia tahu Alice hanya begitu padanya. Dia tahu Alice ramai yang ingin mendekatinya. Rafael memegang dadanya. Dia juga tahu dirinya. Dia takut dia salah menilai perasaan sendiri dan melukai hati Alice, adik sahabat baiknya sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia yang kupilih
Romance"Tak mungkin I jatuh cinta dengan mana mana lelaki lagi." Orked. "Cinta? Dah lama mati." Joshua. Jangan menafi nikmat Tuhan bernama cinta walau sesakit mana kau pernah rasa kerana cinta. Hati ini milik Tuhan, bila bila Dia ingin diubah, ia akan teta...
