Rafael menolak perlahan pintu cafe. Dia menunggu Orked masuk sebelum melepaskan pintu perlahan. Mereka mencari satu sudut dan melabuhkan punggung.
"I pergi order jap. You nak apa?" Rafael bertanya.
"Oh, kena order kat sana ke? Jomlah pergi sekali." Orked bertanya.
"No lah, ni cafe kawan I kerja sini. I nak pergi cari dia order je terus. You tunggu jap. Nak apa?"
"Caramel machhiato."Rafael mengangguk dan berlalu. Rafael kembali beberapa minit kemudian.
"Thanks Raff pasal rumah sewa tu. Apartment pula tu. You make thing easier for me. Kalau tak nak bayar deposit lagi."
"It's okey, nanti I hantar you. Tak jauh pun dari tempat kerja you. You naik monorel dalam dua station je." terang Rafael.Kedatangan Orked kali ini kerana mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Selepas dua tahun bekerja di Pahang, rasa bosan kerana kawan kawannya semua ada disini.
Seorang lelaki datang menghantar pesanan mereka.
" Thanks Josh, duduk la sekali." Rafael menjemput. Lelaki itu mengangguk dan mengambil tempat disebelah Rafael.
"Josh, ni Orked, Orked, Joshua."
Orked memandang Joshua senyum dan tunduk sedikit. Joshua pula hanya mengangguk.
"Is that your real name?" Joshua tiba tiba penasaran. Rafael tiba tiba ketawa.
"Jarang you nak bertanya." Rafael berkata perlahan. Orked blur. Joshua kembali diam.
"Oh ya, Orked, Joshua ni actually dulu satu kolej dengan kita. Tapi tak sama batch. I rasa you tak ingat kot dia." Orked cuba mengamati wajah Joshua.Dia kenal, ingat. Siapa tidak kenal Joshua. Lelaki ini famous satu kolej. Wajah mix chinese sebelah ibu dan Portugis sebelah bapa. Bercinta pula dengan Malissa, the hottest dekat kolej dahulu. Selalu saja dia dan Sofea berpapasan dengan pasangan itu. Orked sengaja tidak menjawap Rafael, dia tidak berminat sama sekali.
"Orked, rumah you sebelah rumah Josh. Josh, you habis pukul 6 kan? I hantar sekali."
Joshua membulatkan mata.
"So kawan yang you cakap tu..." dia tunjuk ke arah Orked.Sebenarnya bulan lepas Rafael minta tolong pada Joshua jika ada rumah untuk disewa. Kebetulan jiran Joshua sudah keluar dari apartmentnya dan dia segera maklumkan kepada Rafael. Rafael dahulukan wang deposit dan uruskan segalanya untuk Orked, kawan baiknya dari zaman kolej. Susah senang mereka bersama sama. Wang bukan menjadi hal pada Rafael, selain miliki keluarga senang, bisnesnya juga sedang meningkat naik.
Joshua mencuri pandang Orked. Kosong. Pertama kali seorang gadis memandangnya tanpa minat.
YOU ARE READING
Dia yang kupilih
Romance"Tak mungkin I jatuh cinta dengan mana mana lelaki lagi." Orked. "Cinta? Dah lama mati." Joshua. Jangan menafi nikmat Tuhan bernama cinta walau sesakit mana kau pernah rasa kerana cinta. Hati ini milik Tuhan, bila bila Dia ingin diubah, ia akan teta...