Part 9

10.8K 287 6
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————

Aku mengemas baju-bajuku di dalam almari. Aku asingkan baju kotor di dalam bakul. Penat pulang dari kampung tidak hilang lagi, tapi aku gagahkan untuk simpan semuanya, tak nak nampak serabut. Aku tidak suka kalau bilikku kelihatan bersepah.

Tengah aku mengemas, tiba-tiba Abang Akmal masuk ke bilikku terus dia baring di katilku. Aku hanya pandangnya sekilas sambil mengemas barang-barangku.

"Seronok balik kampung?"dia tanya bersahaja.

"Seronok.. seronok sangat"jawabku teruja.

"Seronok jumpa boyfriend?"

"Errr..hehe..bila abang balik?"aku senyum pandang dia. Aku duduk di birai katil.

"Baru saja"terus dia letak kepalanya di pahaku sambil pegang tanganku.

"Abangg.. jangan lah macam ni, nanti maklong tengok" aku tolak kepala dia, terus aku keluar dari bilik.

Pejam celik sudah 5 bulan aku kerja dekat sini. Bermakna sudah 5 bulan juga aku tinggal dengan maklong, hari tu aku ada suarakan hasratku untuk menyewa di luar, last maklong dengan paklong tak bagi, katanya tak perlu membazir duit untuk sewa rumah, rumah dia dah cukup besar untuk aku tinggal.

Aku bukan apa, aku nak juga rasa berdikari sendiri. Tapi apakan daya di tegah hebat pula oleh Abang Akmal. Dia kata aku ni perempuan, bahaya tinggal seorang diri, kalau apa-apa jadi siapa nak tolong dan banyak lagilah yang dia bebel. Padahal aku dh cakap awal-awal yang aku nak tinggal dengan Mimi. Tak di bagi juga, apakan daya.

Bunyi deringan telefon panggilan daripada Abang Akmal.

"Salam.. Hanan abang balik lambat sikit hari ni..Hanan naik grab boleh?"beritahu Abang Akmal.

"Wasalam abang.. okey no hal" jawabku ringkas.

"Okey bye take care sayang"

"Bye."

Aku mengemas barang-barangku untuk pulang. Terpaksalah aku cari grab untuk balik. Alah bukan jauh pun dalam 20 minit sahaja dari rumah. Masa aku keluar dari lift tadi aku ternampak Mimi dan Mirul naik kereta bersama, dia orang ni ada apa-apa ke? Tak kisah la asal Mirul tak kacau aku sudah. Hehe

Hari tu Mirul ada cakap tentang perasaan dia dekat aku. Awal-awal lagi aku dah cakap yang kami hanyalah kawan, tiada hubungan istimewa antara kami. Aku agak dia dah move on kot sekarang.

Kami pun tiada gaduh-gaduh, dia hormat keputusanku. Kalau betul dia bercinta dengan Mimi aku harap sampai ke jinjang pelamin lah mereka. Sama cantik sama padam orang kata.

Semasa aku dalam grab aku dapat wasap daripada maklong, katanya dia dan paklong ke Sabah untuk beberapa hari, tidaklah aku tanya dia lebih lanjut untuk tujuan apa, selalunya maklong akan ikut paklong outstation ke mana saja paklong pergi.

Nampaknya aku berseorang lagi lah di rumah.

Sampai saja dirumah aku dapat panggilan daripada Izham, katanya mahu ajak aku keluar. Iya Izham dah mula kerja dekat Bank Negara sebagai accountant sejak dua bulan lepas. Kami pernah jumpa sebelum ni, tu pun jumpa sekali sahaja. Masing-masing kekangan masa sebab sibuk dengan kerja.

Aku bersetuju bila dia ajak aku keluar, iyalah kalau aku di rumah tiada orang juga. Boring

Selepas magrib terus kami gerak. Kata Izham di nak bawa aku pergi makan steamboat di The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat Mengidam katanya. Dah makanan dekat sini sedap, mananya tak mengidam.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now