Part 52

9.4K 239 17
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————


Aku tersenyum sendiri bila tengok pasangan sejoli tu. Tak sangka aku Abang Hariz macam tu, suka betul dia mengusik Kak Lina, basah tu Kak Lina di simbah dengan air, tak padan dengan sudah ada anak. Iyalah melepas rindu puas-puas lepas ni Abang Hariz dah nak naik kerja dah.

"Hanan jom." Panggil Kak Lina.

"Tak nak lah kak." Macam budak-budak. Basuh kereta sambil main simbah-simbah air. Ahahahaha. Terhibur jugak lah dengan dia orang ni.

"Jah! Ni haa Ammar nak susu ni, hisap-hisap jari dari tadi."

"Alololo...anak mama lapar ya."

Ammar ni kalau aku ajak bercakap dengan dia menggekek dia ketawa tu. Macam faham-faham saja biar tak tahu apapun. Alahai anak. Ramai yang cakap Ammar ni copy paste muka Abang Akmal. Errmm semua ikut bapak dia, aku ni yang beranak sajalah. At least terubat juga rindu aku dekat dia bila tengok Ammar.

"Jah! Bila la kamu start kerja?"

"Minggu depan umi."

"Rindu la umi nanti dekat Ammar ni. Nanti tinggal Haikal sajalah." Haikal anak buah aku, anak Abang Hariz.

"Alah... umi pergilah sana nanti."

"Iyalah, mana umi tak rindu, kamu tengok ni, mata dia tu tak berkelip tengok kita bercakap. Cerdik betul."

Memang comel, pandai tu dia kalau orang bercakap kan, dia perhati saja. Lepastu kalau kantoi dengan kita orang pandai pulak tu gelak sakan.

Mananya umi tak rindu. Umi sedih la sudah berbulan aku tinggal di sini. Lepas pantang hari tu dekat dua bulan juga sudah ni. Minggu depan aku dah ke Bangi start kerja. Terima kasih dekat Mirul sebab dia la recommend kan aku kerja dekat syarikat yang baru ni. Untung saja Kak Marlia berhabis bantu aku uruskan apa yang patut. Terharu aku dengan dia orang. Susah payah bantu aku.

Masa lepas habis pantang hari tu, kami ada buat makan-makan sikit macam majlis kesyukuran begitu. Umi just panggil kenalan terdekat saja. Malam sebelum keesokan majlis tu, aku nak ke dapur dalam pukul 4 pagi lebih kurang macam tu. Aku kan kalau waktu-waktu macam tu memang berjaga malam sebab Ammar tak tidur. Aku ke dapur nak minum air kosong, sekali aku tengok Abang Akmal tidur di ruang tamu. Aku tak tahu masa mana dia sampai malam tadi. Tak juga aku zalim biar je dia tidur di luar macam tu. Aku kejut dia tidur dalam bilik. Dia ikut je apa aku cakap. Dia peluk aku sekejap, lepastu dia terus tidur. Aku nampak wajah dia macam pucat lesu. Masa dia peluk aku tadi, badan dia pun rasa berbahang. Kenapa dengan dia? Macam tak sihat.

Pagi tu bangun, lepas sarapan aku bagi dia panadol. Aku tahu dia demam. Sebab aku sentuh dia punya dahi semalam panas. Macam teragak-agak je dia nak ambil ubat di tangan aku. Tapi last2 dia telan juga ubat tu. Dia macam tak nak bercakap sangat. Itu kalau umi dengan mama tanya kan, yang dia jawab iya, aah angguk geleng. Akhir sekali, umi dan mama saling menjeling. Makcik bawang🤣. Dengan aku memang dia tak ada cakap apa-apa. Mungkin dia penat.

Lepastu kan dia ambiklah Ammar dari aku. Dia faham juga tu aku perlu bantu apa yang patut di dapur kan. Di sebalik pintu bilik tu, aku tengok mereka berdua bergurau, mengekek-ngekek Ammar ketawa bila Abang Akmal main geli-geli dengan dia. Bahagianya aku rasa, tanpa sedar air mataku menitis di pipi. Aku tarik nafas dan aku terus ke dapur. Aku tak nak sedih-sedih. Aku bantu apa yang patut di dapur.

Lepas aku siap urusan di dapur aku ke bilik ingin mandi. Aku tengok Ammar enak tidur terlentok di dada papa dia. Dua-dua nyenyak tidur.

Selepas aku siap mandi apa semua. Aku kejut la dia, kan majlis nak mula kejap lagi. Tetamu pun ada sudah yang datang. Bila aku nak ambil Ammar, dia kata tak apa biar dia mandikan. Memang sepanjang hari majlis berlangsung, dia yang jaga Ammar dia bagi aku bila Ammar just nak susu saja. Dia berul-berul spend time dengan anak kami. Cuma dengan aku sajalah dia bercakap bila perlu macam tu. Aku pun macam no idea. Ikut sajalah rentak dia.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now