Part 29

10K 205 2
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————



Dari malam tadi lagi mataku tidak boleh lelap. Bagaimana mahu tidur kalau asyik memikirkan nasib diri. Puas aku menangis sampai aku rasa air mataku sudah kering tidak mahu keluar lagi.

Aku sudah membuat keputusan!

Aku nekad walau apapun yang terjadi aku harus keluar dari rumah ini.

Aku pandang jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5 pagi. Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan. Aku menggangkat barang-barang yang sudah dikemas dari semalam lagi. Aku anggkut semuanya ke dalam kereta dan memandu keluar dari halaman rumah.

Kemana aku nak tuju?

Perasaan aku sedih dan sayu bila keluar daripada rumah itu, tetapi aku terpaksa lakukan ini semua untuk kebaikan diriku.

Aku memandu tanpa hala tuju. Jalan raya yang agak lenggang, membuatkan aku berfikir akan nasib diriku.

Akhirnya aku berhenti di hadapan hotel. Biarlah aku menginap di sini terlebih dahulu sebelum mencari rumah sewa.

Setelah aku check in hotel, aku masuk ke bilik dan berehat. Bukan setakat tubuhku  yang letih tetapi fikiranku juga letih memikirkan nasib sendiri, dari malam tadi lagi aku tidak boleh lelapkan mata.

Aku rebahkan tubuhku di katil dan akhirnya aku terlelap.




———



Aku tersedar pada jam 4 petang. Lama juga aku ketiduran, ini tertidur ke pengsan?

Aku meregangkan urat-urat tubuhku, aku bangun ke tandas dan membersihkan diri terlebih dahulu. Aku perhati di seluruh tubuhku di hadapan cermin, kesan-kesan lebam di tubuh aku perhati.

Ini yang kau kata cinta?

Ini yang kau kata sayang?

Ahh! Ini rupanya tanda sayang kau pada aku.

Kau hancurkan kesucianku, kau sakitkan tubuhku, kau melukakan hatiku, kau paksa aku suka dan cintakan kau. Tapi setelah aku serahkan jiwa dan ragaku kepada kau ini yang aku dapat.

Sangat berbaloi!

Ya! Aku mengaku aku sudah mula sukakan dia, aku buka pintu hatiku untuk dia. Sebetulnya aku sudah sayang dia lebih dari seorang abang. Tapi tengoklah diriku sekarang. Ini yang aku dapat.

Aku menagis lagi, air mataku mengalir di pipi tanpa henti, air mataku sangat murah saat ini. Hati aku betul-betul sakit. Kepada siapa aku perlu mengadu? Saat ini aku hanya ada Allah yang Maha mendengar setiap luahanku.

Tak mungkin aku bercerita kepada Umi dan Abi tentang apa yang sudah berlaku, tak mungkin juga aku mengadu kepada maklong dan paklong tentang kelakuan anaknya padaku.

Aku seorang pendosa! Mungkin juga ini akibat daripada dosa-dosaku sebelum ini. Tapi apa salahku sampai di perlakukan sebegini rupa.

Allah!

Sesungguhnya kepadaMu aku berserah seluruh hidupku.

Aku mandi di bawah pancuran air. Aku sental-sental tubuhku, terasa jijik dengan tubuh sendiri. Aku tak kuat dengan semua ini Ya Tuhan.

Sesudah mandi aku keluar dari bilik air dan memakai baju. Aku menghidupkan telefon bimbitku.

2 miscall daripada maklong!

108 miscall daripada Abang Akmal!

Huh! Buat apa call aku!

Nak sakitkan hati aku lagi? Begitu?

Aku telah menelefon maklong dan mengatakan bahawa aku ada urusan penting yang perlu diuruskan untuk beberapa bulan. Walaupun maklong sepertinya banyak mahu bertanya tetapi aku memotong percakapannya menyatakan bahawa dia tidak perlu risau tentang aku.

Nada suaranya seperti berat hati bila bercakap denganku. Tapi biarlah, sekurang-kurangnya aku memberitahu juga tentangku kepadanya.

Seusai bercakap dengan maklong, aku keluarkan simkad dari telefonku. Aku tidak mahu di hubungi oleh setan itu lagi. Buat tambah sakit hati aku saja.

Aku bersiap-siap keluar untuk membeli makanan, perutku sudah berbunyi-bunyi dari semalam lagi. Aku juga perlu membeli simkad baru. Aku tak nak sudah ada gangguan daripada makhluk perosak itu.
Perangai setan!!!

Setelah selesai semua urusanku. Aku hanya terperap saja di bilik hotel. Pada waktu yang sama aku juga mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerjaku. Aku memilih untuk menyewa sendirian. Aku perlukan masa untuk diri sendiri.

Dulu Mimi pernah mengajak aku menyewa bersama teman-teman yang lain. Tapi tak di izinkan oleh keluarga.

Kali ini biarlah aku yang membuat keputusanku sendiri.

Umi!

Aku rindu Umi, apa agaknya perasaan Umi bila mengetahui anak daranya sudah rosak. Aku pasti Umi bakal mengamuk. Umi sangat mengambil berat akan setiap pergaulanku.



——




Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Sudah hampir sebulan aku tinggal sendiri. Aku sudah menyewa apartment sederhana rendah yang berdekatan dengan tempat kerjaku. Walaupun tidak semewah rumah maklong, tetapi cukup selesa bagiku.

Hidup aku hampir sebulan ini, aku kira ada perubahannya. Dengan teman-teman pejabat aku sudah kurang bercakap, aku lebih banyak menyendiri dan hanya fokus pada kerjaku saja.

Ada sebahagian teman-teman yang bercakap-cakap tentang sikapku. Namun aku pekakkan saja telingaku. Sekiranya mereka bertanya aku hanya menjawab sepatah dua saja. Entah kenapa, aku sangat merindui sikapku sebelum ini. Tetapi buat saat ini aku tidak boleh paksa diriku untuk bergembira.

Mungkin aku banyak berfikir sehingga tidak tahu lagi cara untuk senyum dan berhibur. Pergi kerja balik kerja, itulah rutin harianku.

Aku hilang semangat. Sebetulnya aku sedih dengan keadaan diriku. Hari-hari aku berdoa semoga Allah memberi kekuatan untuk aku menjalani kehidupan harianku dengan baik.

Lamaran Izham pun sudah aku tolak dengan cara baik. Selepas beberapa hari kejadian menimpa diriku. Aku telah berjumpa dengan Izham dan dia pun menghormati keputusanku. Lagipun nak ke dia seandainya dia tahu keadaan diriku yang sudah tidak perawan. Tak mungkinlah dia mahu lagi. Biarlah kami tetap berkawan sampai bila-bila. Dia kawan aku yang sangat memahami. Aku sayang dia sebagai kawan dunia dan akhirat.

Bagaimana pula dengan Abang Akmal? Aku pun tidak tahu tentang dia. Aku tidak tahu apa-apa tentang dia sejak peristiwa itu. Ada beberapa kali dia datang ke pejabatku. Tetapi setakat ini aku masih berpeluang mengelak daripadanya. Aku nampak dia sentiasa menunggu di lobby pejabatku. Itu yang budak receptionists selalu bagitahuku. Mereka hanya tutup mulut saja bila aku warning supaya tak payah layan si setan itu.

Setiap kali datang dan pulang kerja aku menggunakan pintu belakang pejabat. Kadang-kadang itu, aku datang naik grab saja.

Minggu lepas aku ada berbual dengan Umi di telefon. Kata Umi Abang Akmal ada datang ke rumah kami. Mungkin saja dia ingat aku ada di kampung.

Huh! Buat apa cari aku! Aku tak ingin lah jumpa kau.






.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now