Part 17

10.4K 239 5
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————

Selepas sarapan aku bersiap-siap untuk keluar, kata Abang Akmal dia nak spend time dengan aku hari ini.

"Dah siap?...." Dia masuk ke bilikku. Dah macam tak ada privasi bilik aku ni.

"Dah." Jawabku sepatah.

Dia tarik tanganku keluar daripada bilik, di genggamnya tanganku erat.

"Abang nanti maklong paklong nampak lah.." Aku cuba tarik tanganku dari genggaman dia.

"Biarlah."

Dasar kepala batu.

Masa aku turun ke bawah berpimpin tangan dengan Abang Akmal, maklong dan paklong pandang kami lain macam. Aku tolak tangannya jauh dari ku.

Bila maklong tanya nak pergi mana, Abang Akmal selamba jawab nak pergi date. Aku tengok wajah maklong dengan paklong teruja betul. Kenapa ekk?

Macam menyembunyikan sesuatu, pelik aku dengan dia orang ni.

Dia bawa aku ke Taman Tasik Titiwangsa, ramai juga orang datang sini hujung minggu, kebanyakan mereka datang untuk berjogging. Aku pun pernah datang sini dengan Izham sebelum ni. Tak ada la ramai macam ni sekali orang. Yelah itu sebab aku datang hari orang bekerja, jadi orangnya kurang ramai.

Aku hanya mengikut langkah Abang Akmal, berjalan mengelilingi tasik.

Dia memaut tanganku ke dalam gengamannya. Aku pandang dia sejenak.

Hari ini aku tak nak gaduh-gaduh dengan dia, nak talk heart to heart dengan baik saja dan ini juga adalah permintaan dia semalam sebab kenapa dia membawaku ke sini.

"Hanan pernah ke sini?" Tanyanya lembut.

"Pernah, hari tu dengan Iz...."

"Izham?" Berubah nada suaranya.

"Ehh ermmm tak ada lah." Jawabku lembut. Aku tak nak panaskan api kemarahannya.

"Special betul dia pada Hannan kan?" Kedengaran suaranya seperti berjauh hati.

"Kami hanya kawan abang." Jawabku perlahan.

"Itu kata Hanan, dia pula macam mana? Hati dia? Perasaan dia? Mana Hanan tahu semua tu kan?"

"Abang dah la, kan abang dah janji tak nak marah-marah, itu hak dia nak ada perasaan ke apa, Hanan tak boleh buat apa yang penting Hanan tahu diri Hanan. Full stop!" Ujarku lagi.

Dia mengeluh.

"Okey, my bad I'm sorry sayang." Dia cium dahiku sekilas.

"Eish orang tengok la, tak senonoh tau."

"Biarlah.."

Eh dia ni nak makan pelangkung aku juga ni.

"Abang.." kami duduk di bangku, aku mengadap mukanya yang bersih tanpa cela.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now