Part 32

10.2K 219 2
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————



Hari ini aku sudah di benarkan pulang. Pada awalnya Abang Akmal ingin membawaku pulang ke rumahnya. Tetapi aku tetap berkeras mahu pulang ke rumahku. Biar dia tahu aku pun boleh jadi keras kepala macam dia.

Kadang-kadang aku tengok dia menggeleng kepala dengan kedegilan aku. Mungkin juga dia shock aku boleh jadi sampai macam ni. Kalau sebelum ini aku menurut saja semua kemahuaan dia. Tapi kali ini tidak.

Kau nak jaga aku sangat kan. Huh! Jagalah kau.. jaga sampai pengsan.

Entah! Geram aku pada dia masih lagi bersisa.

Sampai saja di rumah aku terus ke bilik. Apa yang aku boleh buat dengan keadaan aku macam ni. Nak makan pun tak ada selera. Apatah lagi nak bercakap dengan orang.

Lama aku berbaring di atas katil, tapi kelibat Abang Akmal tidak muncul-muncul pun.

Ke mana dia.

Mata aku sudah mengantuk balik, walaupun aku sudah terlelap beberapa jam pagi tadi, tetapi tetap juga mengantuk. Mungkin kesan ubat yang di beri kepada ku tadi yang akhirnya menyebabkan aku mengantuk dan tertidur.


——


Aku tersedar bila merasa betisku di picit lembut. Ternyata Abang Akmal yang sedang memicit betisku.

Aku menolak untuk di urut olehnya. Tetapi dia tetap berkeras mahu mengurutku. Bagus juga, aku merasa urat-urat di badanku yang tegang sedikit lega. Akhirnya aku membiarkan saja dia mengurutku.

Aku perhati saja dia dari tadi, tekun betul dia menatap telefonnya walaupun tangannya satu lagi tidak lepas dari mengurutku. Apa yang penting sangat di telefon itu?

Aku memerhati lagi langkahnya panjang ke almariku. Dia membuka laci seperti mencari sesuatu. Rupanya dia mencari stokin dan mengeluarkannya dari laci.

"Sayang...abang pakaikan stokin ya? Kaki sayang ni tak boleh terdedah nanti masuk angin." Stokin bercorak hello kitty itu di sarung ke kakiku.

"Ermmm...

Aku tahu dia letih. Wajahnya yang sugul sudah menjelaskan semuanya. Bukan aku tidak tahu sepanjang aku di tahan di wad dia urus semua kebutuhanku. Aku nak mandi pun dia angkat aku sampai ke bilik air. Dia merapikan diriku sesudah mandi, pendek kata semua dia uruskan. Tapi dirinya sendiri tidak terurus aku tengok.

Tapi itu semua tidak terbayar dengan apa yang sudah dia buat padaku.

Hubungan aku dengan dia masih lagi sama. Tiada komunikasi antara aku dengan dia. Hanya dia yang beriya bercakap itu ini dengan aku. Aku? Aku layan hanya sekadarnya saja.

"Sayang...abang nak keluar sekejap, sayang okey kan?" Kendur suaranya. Aku tahu dia kecewa dengan aku. Pelbagai cara dia lakukan untuk bawa aku bercakap dengannya, tetapi reaksi aku tetap sama.

"Urmmm...

Hanya itu balasanku padanya, bila dia bercakap sesuatu denganku.

Dia mencium dahiku sekilas sebelum berlalu keluar dari bilik.

Aku perhati langkahnya yang lemah. Wajahnya pucat. Kenapa dengan dia sebenarnya?

Ah! Biarlah dia.

Aku bangun dari pembaringan. Perlahan-lahan aku berjalan ke arah tingkap rumah. Aku ingin mengambil udara luar. Tidak mahu hanya terperap di dalam bilik saja.

Selama sebulan aku ambil cuti tanpa gaji. Dengan keadaan aku seperti ini, macam mana nak kerja. Nanti tak pasal-pasal staf di pejabat tahu yang aku keguguran.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now