Part 12

10.8K 245 2
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————

Sudah dua hari Umi dan Abi pulang ke kampung. Sudah dua hari juga aku tidak bertegur sapa dengan Abang Akmal. Selepas dia keluar dari bilik aku pada malam itu, tidak lagi kami bercakap.

Ya.. aku yang mengelak untuk bersua muka dengannya. Pergi kerja pun aku tempah Grab awal-awal, aku nampak reaksi terkilan Abang Akmal setiap kali panggilannya aku tidak hiraukan.

Ahh biarlah dia, biar dia sedar aku pun punya perasaan juga. Bukan aku je nak jaga hati dia, dia pun kena juga jaga hati aku. Aku masih lagi rasa takut dengan apa yang dia buat dekat aku.

Entah...

Perasaan aku sedih bila orang yang aku percaya, orang yang aku anggap keluarga buat benda yang bukan-bukan dekat aku.


Petang aku pulang dari kerja dihantar oleh Mirul, dia offer aku terima saja lah. Masa aku sampai di rumah, aku tengok kereta Abang Akmal sudah tersadai di garaj kereta.

Ooooooo...

Awal pula dia balik hari ini, ke dia tidak kerja.

Entahlah.. aku terus naik ke bilik membersihkan diri terlebih dahulu. Selepas itu aku ke dapur membancuh milo panas, nak bagi hilang kepenatan. Aku minum di ruang tamu sambil bermain telefon bimbit. Aku scroll facebook, mencari kisah-kisah menarik.

Sedang aku ralit dengan media sosial, maklong call aku.

"Salam Hanan dah dekat rumah ke" ucap maklong di talian.

"Wasalam maklong..aah di rumah ni."

"Abang Akmal demam tu dari semalam, cuba Hanan tengok keadaan dia."

"Lah yeke..Hanan tak tahu pun"

"Macam ni lah Hanan tolong tengokkan dia boleh...maklong dengan paklong balik lambat malam ni."

"Okey maklong."

"Nanti apa-apa bagitahu saja maklong.. okey bye sayang."

"Okey bye"

Patutlah senyap saja dia ni, demam rupanya.

Aku berjalan menuju ke tingkat atas, aku buka pintu bilik Abang Akmal yang tidak berkunci.

Aku pandang sekujur tubuhnya yang sedang berbaring di atas katil. Aku duduk di birai katil, aku selak selimut yang membalutinya. Aku sentuh dahinya. Panas!!

"Abang.." aku kejutkan dia supaya bangun.

Beberapa kali aku panggil masih lagi tiada respon.

"Abang bangun.. badan abang panas sangat ni" aku goncangkan bahunya lagi.

Bunyi rengekan daripadanya melegakanku, tangannya yang kekar memautkan tubuhku erat ke dalam pelukannya.

"Sejuk!"suaranya mamai.

Aku hanya kaku dalam pelukannya.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now