Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————
Dear reader feel free read with listen this melody👆🏻Terasa denyutan di tanganku menyebabkan aku terjaga. Jam baru menunjukkan 5 pagi. Awal lagi.
Tekak aku yang kehausan membawa langkahku ke dapur. Selepas minum air aku duduk sebentar di meja makan, aku menilik tanganku. Mujur saja tahan sikit kesakitannya. Tadi masa aku baru tersedar rasa sakit menyengat di pergelangan tangan. Mungkin juga aku tertindih semasa tidur, aku kan kalau keletihan aksi tidurnya lain macam.
Aku bawa langkahku ke bilik, tapi masa lalu di ruang tamu tadi tu aku tengok seperti Abang Hariz. Kenapa dia tidur luar? Buang tabiat apa pula tidur luar abang ni.
Memandangkan dah nak masuk waktu subuh. Aku terus mandi, segarkan badan. Air dekat rumah aku ni sejuk dia tak boleh bincang. Dia punya sejuk tu macam ais. Yang rasa pening kepala sekali simbah je dah hilang segala sakit.
Lepas mandi aku bentangkan sejadah, sebelum tunggu waktu subuh elok juga aku buat solat sunat. Kalau banyak kerja tak ada pula waktu nak beribadah macam ni. Ni lah manusia bertuhan bila perlu. Astagfirullahalazim.
Ingat lagi pesan ustazah masa sekolah dulu. 'Hidup yang tanpa hala tuju, menyebabkan kita terkandas di tengah-tengah jalan. Hiduplah dengan jalan yang diredhai olehNya, jika kita nak selamat dunia akhirat. Cari bekalan dunia untuk akhirat.'
Dia lah ustzah yang sangat aku sayang, setiap kali waktu rehat mesti dia galakkan kami pergi membaca buku di dewan perhimpunan, dia kata kalau dekat library belajar tidak gemar pergi membaca, jadi inisiatifnya dia ambik buku di library dibawa ke dewan.
Tapi ustzah sudah meninggal beberapa tahun yang lepas akibat jatuh di dalam bilik air.
Bunyi sayup suara azam kedengaran di telingaku, menyedarkan aku dari lamunan.
Ketukan di pintu bilik , beserta suara memanggil namaku.
Umi mengajak solat berjemaah di ruang tamu.
Aku keluar bilik ke ruang tamu.
Bila aku keluar bilik aku tengok dia pun ada sekali.
Abang Akmal!
Bila dia sampai? Ke yang aku tengok tidur di ruang tamu tadi adalah dia.
Dia memandang ke arah aku.
Pandangan kami bersatu.
Cepat-cepat aku alihkan pandanganku daripadanya.
Aku nampak di wajahnya adalah kekusutan.
Memandangkan semua sudah di saf masing-masing. Aku pun mengambil tempat di sebelah Umi.
Kami solat di imamkan oleh Abang Hariz, ini adalah permintaan Abi, nak jadi suami orang kena tahu jadi imam katanya. Hehe
"Kamu ni sampai masa mana semalam Akmal, makngah tak perasan langsung." Tanya Umi bila Abang Akmal bersalam dengannya.
"Pukul 2 pagi sampai makngah." Lemah suaranya kedengaran.
YOU ARE READING
Aku Pujaan Abang
RomanceKerana sayang aku telah menyakitinya Kerana sayang aku mengejar cintanya Kerana sayang aku menyimpulkan cinta kami "Tadi tu siapa? Jantan mana!!!" Dia menengking kuat dihadapan muka aku, Abang Akmal seperti kerasukan, aku tutup mataku dan pandang k...