Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————Jam menunjukkan pukul 3 petang. Aku bersiap-siap untuk keluar, bagus juga Izham mengajak aku keluar daripada aku terperap saja di rumah. Maklong dengan Abang Akmal awal-awal lagi keluar, katanya ada majlis kesyukuran di rumah Bella. Patutlah si Bella tu datang sini semalam. Maklong mengajak juga aku keluar bersamanya, tapi awal-awal aku tolak. Memang tak la aku nak pergi sekali, pergi buat apa? Buat malukan diri. Bukannya aku kenal pun dia orang. Nanti sampai sana terteleng-teleng tak tau nak buat apa. Tak nak lah aku.
"Betul Hannan tak nak ikut kami."
Suara Abang Akmal menerjah gegendang telingaku pagi tadi.
Dah kenapa tiba-tiba nak bercakap dengan aku!
Aku hanya geleng kepala saja bila dia bertanya dan terus aku menerpa masuk ke bilik.
Misi membalas dendam!!!
Hahahahaha
———
Kami tiba di D'pulze Cyberjaya, nak main bowling kata Izham, bila kami tiba di sini, rupanya bukan hanya kami berdua saja, dua orang lagi kawan-kawannya join sekali, tapi masing-masing bawa pasangan.
"Hye guys meet my girlfriend Hannan." Suka hati dia saja perkenalkan aku sebagai girlfriend dia.
"Hai..saya Syafiq."
"Saya Khai..."
"Rina.."
"Fatin.."
Aku bersalam dengan Rina dan Fatin, Rina ni cantik orangnya tinggi lampai macam model pun ada. Fatin pula kecil molek orangnya, bagi aku dia cute. Hehe
Mamat bertiga tadi dah start main bowling, bila Izham ajak aku, aku hanya geleng kepala, kau gila ye Izham! ajak aku main benda alah tu. Mana la aku reti, silap-silap hari bulan aku yang tergolek masuk lubang bukan bola tu.
Kami bertiga hanya borak kosong saja. Tapi aku suka juga lah berkawan dengan mereka ni, rupannya dua-dua masuk air. Bila gelak tak pandai cover.
Rina dengan Fatin pun sama macam aku datang sini hanya teman pakwe nya saja. Tapi aku bukan teman pakwe, kena paksa secara rela aku ni. Aku dan Fatin tergelak bila Rina bercerita tentang dia dan Syafiq, rupanya raja prank Rina ni.
"Asyik kami je yang bercerita, awak pula sejak bila kenal dengan Izham, sebelum ni tak pernah pula nampak Izham bawa awak mana-mana majlis." Ehh aku nak jawab apa ni Izham. Jujur saja lah.
"Sebenarnya kami kawan satu sekolah."
"Laaa... satu sekolah rupannya panjang juga jodoh korang ye." Fatin menyampuk.
"Tak ada lah kami ni kawan saja."
"Ishhh tak payah malu-malu la Hanan.. Izham tu handsome tau." Ujar Rina.
Aku iyakan jelah tak nak bercerita lebih. Borak punya borak dah nak masuk maghrib dah.
Kami solat di masjid berdekatan saja. Katanya lepas ni nak pergi makan pula. Alah macam geng bas sekolah buat lawatan lah pula kami ni.
YOU ARE READING
Aku Pujaan Abang
RomansaKerana sayang aku telah menyakitinya Kerana sayang aku mengejar cintanya Kerana sayang aku menyimpulkan cinta kami "Tadi tu siapa? Jantan mana!!!" Dia menengking kuat dihadapan muka aku, Abang Akmal seperti kerasukan, aku tutup mataku dan pandang k...