Part 10

11.8K 254 5
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————

Aku tersedar daripada lena dalam keadaan mamai, sakit di kepala menyebabkan aku terbatas untuk bangun. Aku lihat Abang Akmal di sebelah sudah tiada. Aku tengok jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Mujurlah aku tidak boleh solat kalau tidak terbabas waktu subuhku. Mungkin Abang Akmal sudah ke pejabat. Sampai hati dia tidak kejutkanku.

'Abang Akmal terasa hati lagi denganku?'

Biarlah dia reda dulu marahnya.

Aku membuat panggilan kepada En Rafiq memberitahunya yang aku tidak ke pejabat hari ni, mujurlah tiada perkara penting yang aku perlu selesaikan minggu ini di pejabat.

Pening di kepala membuatku rasa nak demam. Berbalam-balam pandanganku bila aku bangun untuk ke bilikku.

Aku membersihkan diri, walaupun lemah terasa seluruh tubuhku namun aku gagahkan diriku untuk kuat.

Selepas mandi aku ke katil, aku rehatkan diri buat seketika, mahu telan ubat aku tiada stok ubat yang tinggal. Dalam rumah ini juga tiada. Akhirnya aku ketiduran.

Bila aku tersedar dari tidur, jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Lamanya aku ketiduran, aku rasa badanku bertambah panas. Tapi apakan daya aku gagahkan juga bangun.

Aku gagahkan diriku untuk turun kedapur. Bunyi perut berkeroncong minta diisi. Aku buka peti melihat apa yang boleh di masak. Akhirnya aku hanya masak meggi, sesungguhnya aku tahan sahaja diriku ini dari pitam, aku rasa tenaga di badanku sudah zero.

Bunyi kereta memasuki garaj, mungkin Abang Akmal sudah balik, aku berjalan perlahan ke pintu membuka pintu untuknya, aku menunggu dia masuk ke rumah. Aku pandang dia keluar dari kereta, tangan dia masih berbalut seperti semalam. Dia tidak hiraukan pandanganku, bila sampai di pintu rumah aku menegurnya.

"Abang..." sebenarnya aku ingin memintanya membeli ubat di 7 eleven dekat pekan depan perumahan. Aku beri segaris senyuman padanya. Tapi aku hampa, dia tidak menghiraukan panggilanku padanya.

Aku ingin mencapai tangannya, tetapi ditepis olehnya terlebih dahulu. "Abang.. Hanan nak minta tolong sikit" beritahuku lemah. Tapi Abang Akmal seolah-olah tidak mendengar panggilanku. Terus dia beredar ke tinggkat atas.

Sebaknya hatiku ini hanya Allah yang tahu.

Besar sungguh kesalahanku kali ini sehingga dia tidak mahu memandang sedikit pun wajahku. Jatuh setitis air mataku di pipi. Ya Allah kau bagilah kekuatan untukku ..

Meggi tadi aku hanya tinggal begitu saja, aku melangkah perlahan kakiku ke bilik, rasa sebu di perut seperti ingin memuntahkan apa yang aku makan tadi, aku percepatkan langkahku ke bilik.

Di dalam tandas aku memuntahkan semua sisa makanan yang aku makan tadi. Perutku jadi terlalu sakit, sehingga sisa air dalam tubuhku semua aku muntahkan. Gastrik aku datang lagi, beserta demam yang aku rasa sangat teruk, menyebabkan aku menjadi lemah seperti ini. Sungguh ya allah, aku rasa sakit ini tak tertahan. Pandanganku berbalam-balam. Sayup-sayup aku dengar pintu bilik di buka. Akhirnya aku rebah di tab mandi.

Yang aku dengar sayup-sayup suara Abang Akmal memangilku dengan cemas. Ditepuk-tepuk pipiku berkali, namun apakan daya, mata ku betul-betul tidak boleh bertindak balas. Aku hanya mendengar suara Abang Akmal memangilku.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now