Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————Pang!
Jantungku berdegup kencang.
"Apa yang kamu dah buat dekat Hanan. Mama tak sangka kamu macam ni Akmal. Kamu kata kamu sayang dia, tapi kamu aniaya dia. Kalau mama tahu kamu layan dia macam ni, mama tak akan izin kamu kahwin dengan dia."
"Ma.....
"Kamu diam...dengar dulu apa mama nak cakap. Kamu tahu tak isteri kamu datang ke hospital nak dekat waktu maghrib dalam keadaan sakit, dengan naik grab pula tu. Kamu ni memang tak ada hati perut. Mama kecewa dengan sikap kamu ni. Kamu jangan ingat mama dengan papa tidak tahu yang Hanan pernah mengandung dan gugur...kan? Kamu jawab mama apa kamu buat dekat dia? Apa mama nak jawab dengan Umi dengan Abi dekat kampung kalau mereka tahu kamu buat aniaya anak dia ni. Apa dosa mama papa sampai kamu jadi macam ni, Allah!!!"
Aku dengar mama marah Abang Akmal sampai nangis-nangis.
"Anak dalam kandungan isteri kamu tu. Kamu tak sayang? Kamu tahu tak anak kamu tu keadaanya sangat lemah. Mujur saja sempat di selamatkan. Isteri kamu tu macam mayat hidup mama tengok. Kamu dah tak nak dia ke? Kamu dah bosan? Sebab dah ada yang lain? Yang seksi yang pakaian tak cukup kain, itu yang kamu puja. Kamu jangan ingat mama tak tahu apa yang kamu buat dekat luar sana tu. Nih kamu tengok gambar-gambar bahagia kamu di saat isteri kamu bertarung dengan sakit. Mama tak sangka kamu macam ni. Apapun keputusan Hanan selepas ini mama terima. Apa-apa jadi jangan salahkan orang lain kalau kamu sendiri tak pandai nak hargai apa yang ada depan mata. Dah dapat isteri sempurna cantik perangai elok, kamu boleh pula berbangga keluar dengan perempuan tak guna mana dekat luar sana tu. Berapa kali mama pesan, ada masalah bincang dengan elok, selesaikan dengan cara baik. Bukan selesaikan dengan cara tak matang macam ni. Ini mama tanya kamu jujur cakap dengan mama. Kamu dah tak nak dekat Hanan ke? Jawab mama!!!"
"Ma——abang minta maaf, abang salah....
"Tak payah minta maaf dengan mama, minta maaf dengan isteri kamu. Minta ampun dengan Allah. Sekarang ni mama tanya kamu sayang tak dekat isteri kamu tu?"
"Sayang ma....
"Kalau sayang kenapa buat Hanan macam tu? Nih kamu tengok, kamu dengar apa yang orang luar dok rancang nak kamu berpisah. Kamu pula bodoh pergi layan segala perasaan baran kamu tu, kamu tinggikan ego kamu dengan isteri sendiri. Apa nak jadi dengan kamu ni Akmal. Mama betul-betul sakit hati dengan kamu ni."
"Kalau kamu tak insaf lagi dengan apa yang mama cakap, tak serik lagi kena pukul dengan papa, tengok ni sampai berbirat-birat macam ni badan, dengan muka lebam-lebam. Papa kamu tu susah nak marah orang, tak pernah lagi marah kamu. Tapi perangai kamu dah mencabar dia, dia rasa tercalar rasa maruah dia di pijak-pijak dengan kelakuan kamu. Kamu faham tak apa yang mama cakap ni?"
Menitis air mataku bila dengar apa yang dikatakan mama.
"Faham ma....
"Apa yang kamu faham?"
"Cakap mama."
"Selepas Hanan keluar hospital nanti, balik tinggal dengan mama. Duduk dengan mama. Mama tak nak apa-apa jadi lagi lepas ni. Kamu kena tahu orang mengandung ni dia cepat sensitif. Nak kena jaga betul-betul, ni kamu pergi tambah lagi sensitif dia dengan perangai kamu macam ni. Kalau kamu tak boleh nak urus rumah tangga. Haa—kali ni biar mama dengan papa tolong uruskan untuk kamu. No complain apa-apa lepas ni, mama dah bagi peluang untuk kamu hidup berdikari sebelum ni. Tapi kamu pilih nak buat perangai macam ni, mama dah tak boleh nak bertolak ansur. Hadam betul-betul apa yang mama cakap."
YOU ARE READING
Aku Pujaan Abang
RomanceKerana sayang aku telah menyakitinya Kerana sayang aku mengejar cintanya Kerana sayang aku menyimpulkan cinta kami "Tadi tu siapa? Jantan mana!!!" Dia menengking kuat dihadapan muka aku, Abang Akmal seperti kerasukan, aku tutup mataku dan pandang k...