Part 25

9.4K 204 5
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————



Setelah beberapa hari di kampung. Aku sudah mulai sibuk balik dengan kerjaku.

Bunyi deringan telefon bimbitku mematikan lamunanku.

Izham!

"Hello..

"Hello, Hanan malam ni free tak?"

"Kenapa Izham?"

"Aku nak ajak kau keluar, ada something nak bincang dengan kau."

"Ish! Serius pula bunyinya, takut pula aku, apa dia?

"Ahahaha, chill nanti jumpa aku bagitahu lah."

"Okey lah, nak jumpa dekat mana?"

"Aku jemput kau lah."

"Err tak payah la aku drive sendiri."

Faham-faham sendirilah kenapa aku tak nak dia jemput aku di rumah.

"Okey lah kalau kau cakap macam tu, nanti aku wasap alamat."

"Okey bye."

"Bye."

Aku mematikan panggilan di talian. Apa agaknya Izham ni.

Buat aku suspen pula.

Argh! Malas aku kusutkan kepala memikirkannya.

Aku sambung balik kerjaku sementara menunggu waktu pulang. Sunyi saja pejabat minggu ini. Ramai di antara mereka yang berkhusus. Orang atasan juga ramai ke luar negeri. Jadi minggu ni pejabat ni jadi macam padang tandus.

Kakak-kakak yang kepoh semua berkhusus. Jadi tiada lagi berita sensasi minggu ini. Tak apalah lancar sikit kerja aku. Kalau tidak ada saja celoteh mereka yang membuatkan aku terhibur.

Aku menutup suis komputer bersiap-siap untuk pulang, memandangkan jam sudah hampir menunjukkan pukul 5 petang.




——



Selepas solat maghrib aku bersiap-siap untuk keluar. Aku hanya memaklumkan pada maklong yang aku hendak keluar.

Lagipun untung saja Abang Akmal tidak pulang lagi dari kerja. Selamat buat aku tidak perlu bersoal jawab dengan dia.

Aku memandu perlahan menuju ke tempat yang telah diberitahu oleh Izham.

Setelah sampai aku berjalan keluar, sebenarnya di fikiran aku tu tertanya-tanya restoran yang diberitahu ini ramai dikalangan orang bercinta. Tempat romantik pasangan kekasih atau pasangan suami isteri.

Membuat aku menjadi berdebar-debar.

Dari jauh aku nampak kelibat Izham mengangkat tangan memanggilku.

Lain macam penampilan Izham malam ini. Handsome terlebih

"Hai..

"Hai sorry wey terlambat sikit."

"It's okey no hal."

Semasa aku mengambil tempat di hadapan Izham aku ternampak kelibat seperti Abang Akmal di pintu keluar restoran. Nasib baik dia tak perasan aku.

Apa dia buat dekat sini.

Tapi sepertinya dia bukan keseorangan.

Aku memerhati ada sorang perempuan yang berjalan di belakangnya.

Kemudian perempuan tersebut berpaut tangan dengannya.

Mereka berpimpin tangan sambil berjalan.

Sekali-kali aku tengok Abang Akmal mengusap-usap bahu si perempuan tersebut dari sisi.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now