Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————"Abang cukup!!!"
Dia tidak menghiraukan rayuanku.
Aku peluk tubuh Abang Akmal erat. Seluruh tubuhku menggigil menahan rasa. Apa yang aku boleh buat dengan kudratku seorang wanita.
Aku tengok En Izz sudah terbaring menahan kesakitan akibat tendangan kuat Abang Akmal tadi. Aku sudah menangis teresak-esak. Aku takut, kalau jadi apa-apa siapa nak tanggungjawab.
Allahu. Aku betul-betul panik. Sedaya upaya aku tarik tubuhnya. Aku peluk tubuhnya kejap.
"Abang tolong sedar....
.......Hanan merayu dekat abang, tolong lah, hentikan." Aku tepuk-tepuk pipinya, bila aku lihat dia sudah tenggelam dalam amarahnya.
Dia tetap tidak menghiraukan kata-kataku.
"Aku bagi amaran dekat kau, sekali lagi kau ganggu bini aku siap kau!!!" Suaranya melengking kuat di hadapan En Izz. Aku hanya mampu menggeleng kepala. Tanganku di tarik kuat menuju ke kereta. Aku hanya mampu beristighfar bila pintu kereta di hempas kuat olehnya.
Kereta meluncur laju menuju ke lebuhraya.
Mukanya tetap tegang. Pasti di bawah kawalan amarahnya lagi. Aku takut nak berhadapan untuk bercakap dengan dia.
"Abang——Hanan dengan En Iz....
"Enough sayang, enough!!! Abang tak nak dengar!!!"
Aku dah agak. Dia tak akan dengar.
Aku tarik nafas berkali-kali. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah bibirku tidak henti-henti untuk beristighfar.
Sampai saja di rumah, Abang Akmal tanpa bicara terus menarik tanganku keluar dari kereta. Dia tarikku sehingga ke bilik air. Dia angkatku lalu diletakkan di dalam tab mandi.
"Abang ni kenapa?"
Dia tidak menghiraukan sedikit pun apa yang diucap olehku. Malah disiramnya aku dengan air tanpa menghiraukan ketidakselesaan keadaanku. Nak bunuh aku ke apa ni.
"Sayang cakap dengan abang, dekat mana lagi jantan tak guna tu sentuh sayang."
"Ya Allah abang, bukan seperti....
"Sayang nak nafikan apa lagi? Terang-terang depan abang si tak guna tu peluk sayang. Masih lagi nak nafikn? Jangan buat abang seperti orang bodoh la."
"Tapi abang kena dengar penjelasan sayang dulu."
"Penjelasan apa lagi? Hah!!!" Suaranya melengking kuat.
Tangannya hinggap di leherku kejap. Dia menggongcangkan tubuhku memaksa aku untuk mengakui bukan kesalahanku. Air yang memenuh di dalam tab membuatkan tubuhku sedikit tenggelam.
Kemuncak ketakutanku bila aku melihat matanya hitam penuh dengan amarah. Pernafasanku tersekat-sekat seperti menunggu ajalku.
Aku perlu pasrah ke dengan hidupku? Andai di sini ajalku.
Tidak! Aku kena berjuang untuk anakku.
Allah!!!
"A-abang——a-anak kita." Aku sudah menangis teresak-esak.
Serta merta dia melepaskan cengkaman di leherku. Berkali-kali aku batuk. Air sudah masuk di ronggaku menyebabkan saluran pernafasanku pedih.
Aku menangis teresak-esak. Mukaku disembam di lantai.
YOU ARE READING
Aku Pujaan Abang
RomanceKerana sayang aku telah menyakitinya Kerana sayang aku mengejar cintanya Kerana sayang aku menyimpulkan cinta kami "Tadi tu siapa? Jantan mana!!!" Dia menengking kuat dihadapan muka aku, Abang Akmal seperti kerasukan, aku tutup mataku dan pandang k...