Part 36

8.5K 184 0
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————



Aku bersiap-siap ala kadar mengenakan shawl buat pertama kalinya, senget situ senget sini dari tadi lagi aku dengan benda alah ni. Aku menilik penampilan diriku di cermin, sementara menunggu Abang Akmal sampai menjemputku.

Hari ini kami ingin menjemput kepulangan kedua ibu bapa kami daripada umrah.

Bunyi hon mematikan tingkahku. Aku mendapatkan sling bag ku terlebih dahulu sebelum keluar daripada rumah.

Pintu kereta hadapan aku buka. Aku menghenyakkan punggungku perlahan di kerusi kereta.

"Hai abang." Aku melambai-lambai tanganku di hadapan mukanya.

.....abang! Hello." Ish dia ni, buat-buat terbeliak mata pula. Nyampah.

"B-betul ke sayang ni?"

"Iyalah, tak percaya? Eh tak la, juon ni juon! Tahu?"

Eiiii dia ni buat-buat tanya pula.

"Cantiknya sayang abang ni, macam gadis-gadis arab dah abang tengok."

"Hehe thank you abang, okey sekarang kita dah boleh gerak." Ujarku padanya. Nampak gaya macam esok belum tentu nak gerak ni. Pandang-pandang, apa pandang-pandang. Tengok depan lah!

Dia memandu perlahan membelah lebuhraya. "Pakai macam ni lah baru sejuk mata abang tengok cantik, ayu, sopan dan yang paling penting memikat hati abang."

Apa-apa sajalah abang.

"Hehe terima kasih." Aku senyum sekilas.

"Cantik sumpah...

"Abang!"

"Iya...

"Elok-elok kita nak pergi ambik dia orang ni, jangan sampai ke kubur pula kita ni ye."

"Ish mulut sayang ni....

"Dah tu tengoklah depan, tengok Hanan buat apa, Hanan tahulah Hanan cantik tak usah di puji sudah tahu,sejak kecil lagi ni haa di cop atas dahi ni positif cantik, ngerti?" Aku tunjuk-tunjuk jari aku atas dahi.

Ahahahaha terpisat-pisat muka dia. Hijau sampai muka dia. Loya kali.

"Tadi awal abang puji-puji, ini sekarang abang rasa nak muntah pula."

"Lah pulak dah."

"Betullah....

Angin dia ni memang cepat berubah. Lebih-lebih lagi bila aku spoilkan mood dia, memang 360 darjah mood dia berputar.

Jadi tabahlah wahai seorang Hanan.



————



Selepas menjemput ibu bapa kami tadi. Abang Akmal membawa kami di satu restoran. Rupanya dia dah plan awal-awal buat reservation untuk meraikan kepulangan orang tua kami.

Aku tidak menyangka, semasa orang tua kami keluar saja dari balai ketibaan tadi. Umi dan Abi memelukku dan menangis terharu. Berulang kali Umi menyebut terima kasih Ya Allah telah mendengar permintaan hambaMu ini. Berkali-kali dia usap wajahku.

Mereka siap ucapkan terima kasih lagi dekat aku kerana sudi nak bertudung seperti ini. Allahu, saat inilah aku rasa sangat terpukul. Selama ini mereka menasihati aku dengan macam-macam nasihat, malah aku hanya buat endah tidak endah saja.

Menitis juga air mataku, bila tengok kegembiraan mereka dengan perubahanku. Aku harap aku dapat istiqamah sampai akhir hayat aku.

Umi kata aku lebih cantik bila bertudung macam ini, nampak manis. Inilah saat yang Umi tunggu-tunggu selama ini. Maklong pun tidak kurang juga memberi kata-kata semangat untuk aku terus istiqamah dalam hijrahku.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now