Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————
*Image muhammad akmal nazmi*Aku tersedar apabila pemandu bas membunyikan hon menandakan sudah sampai di tbs. Turun sahaja dari bas sudah aku nampak CRV paklong tersadai diparking.
Tapi tuan keretanya tak ada kemana pula dia orang ni.
Aku terus mendail nombor telefon maklong....
Tut...tut...tut..
Tak angkat lah pulak
"Hanan"kedengaran suara garau itu memanggilku.
"Abang Akmal"aku berpaling memandangnya, muka ketat tanpa senyuman. Menci menci menci
"Sory abang ke tandas tadi...jom" macam tu je, okey la magkuk ayun, aku hanya mengikut langkahnya ke kereta tanpa membantah.. isshh sudah la beg ni berat bukan nak tolong pun.
Semasa dalam kereta kami masing-masing senyap, aku apa lagi memang sampai ke sudah la tak bercakap, memang sejenis aku macan ni, kalau dengan kawan-kawan akulah juara membahan, tapi kalau dengan sepupu-sepapat ni memang aku senyap ala-ala gadis ayu tak laku githeeww. Ahh aku pun tak tahu kenapa perangai aku macan tu. Confuses
Aku bunyi deringan daripada telefon Abang Akmal.
"Iya mama, aah sudah...entah.. okey bye" maklong call dia ghupanyaa ye, aku call tak angkat pula tadi.
"Mama call kenapa tak angkat" serius suaranya.
"M-mana ada" aku pandang dia, cuak jugak la aku
"Dah dari tadi berkhayal je kerjanya mana nak angkat" aduhh lupa pulak aku terr silent telefon dari semalam lagi
10 miss call... maklong
Aduhh sory maklong..
Aku telan air liurr macan tak sampai dekat tekak je rasanya. Eiii aku benci la suasana macan ni awkward gila dengan mamat ni.
"Sory... terr silent telefon tak perasan"
"Yela dah silent mana nak perasan kan" dia pandang aku sekilas. Eishh sabar-sabar, awal-awal dah buat aku tak senang dengan dia.
30 minit perjalanan sampai jugak dekat rumah maklong ni. Kalau nak tahu besar rumah dia orang ni. Mereka ni boleh dikatakan orang senang, yelah maklong dengan butik Diamond Kasih nya paklong pula laywer, si muka ketat pula aku tak pasti pernah la terdengar umi sembang dengan maklong pasal mamat ni katanya kerja arkitek, entah la lantak dia la maleeiiiihhh aku dengan mamat tu. Puii puii puii
Sampai-sampai je aku salam maklong dengan paklong.
"Salam, maklong paklong sihat" aku salam keduanya"
"Alhamdulillah..Hanan macan mana dalam bas malam tadi okey?"
"Hanan okey je, maklong maaf tadi masa maklong call Hanan tak perasan sory hehe" Abang Akmal masa sampai terus keatas, mengantuk agaknya.
"Eishh okey la tak ada apa-apa... ni kamu pergi la naik atas tu dulu rehat-rehat , bilik belah kanan, nak solat ke apa dulu lepastu nanti turun lah makan sarapan pagi sama-sama nanti ye"
"Baik maklong"
Aku terus mengorak langkah kaki ke tingkat atas. Masuk je ke bilik terus aku guling-guling atas katil ya allah nikmatnya. Hilang segala lenguh urat sendi masa dalam bas tadi.
YOU ARE READING
Aku Pujaan Abang
RomansaKerana sayang aku telah menyakitinya Kerana sayang aku mengejar cintanya Kerana sayang aku menyimpulkan cinta kami "Tadi tu siapa? Jantan mana!!!" Dia menengking kuat dihadapan muka aku, Abang Akmal seperti kerasukan, aku tutup mataku dan pandang k...