Part 43

7.4K 163 3
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————




"Betul ke nih?"

"Betul la mama, nak masuk 2 bulan dah." Ujarku.

Mama memeluk tubuhku erat. Berkali-kali ucapan syukur di bibirnya.

"Alhamdulillah, murah rezeki kamu berdua. Ni Umi dengan Abi tahu tak lagi ni?"

"Sudah, Hanan bagi tahu Umi Abi semalam."

"Ya Allah, alhamdulillah nak jadi atok nenek dah kita ni bang."

"Iya mama, nampaknya Umi dan Abi kamu tu dapat dua orang cucu lah tahun depan." Ucap papa.

Aku hanya tersenyum. Iyalah, kakak iparku juga mengandung. Sudah nak masuk 6 bulan. Ni aku pula mengandung.

"Ni Hanan nak makan apa? Biar mama masak, cakap saja nak makan apa."

"Amboi ma, excited nampak. Tak nak tanya Mal nak makan apa?" Jeles la tu.

"Kamu buat apa, ni mama nak masak spesial untuk cucu mama ni."

Nampaklah wajah mama penuh dengan keterujaan. Akhirnya, macam-macam dia masak. Walaupun berkali-kali aku cakap tak perlu masak banyak-banyak. Aku bukan apa! Tahulah aku kan alahan, bau tumisan bawang pun aku dah loya muntah-muntah. Jadi makan tengahari kami tadi aku hanya makan sedikit saja. Selepas itu, muntah balik. Hanya Tuhan yang tahu peritnya rasa ini.

Agaknya macam inilah Umi dulu masa mengandungkan aku. Hari ini aku sendiri yang merasai. Itu belum lagi beranak. Macam mana rasanya? Kuatnya seorang ibu, pengorbanan yang tidak akan terganti dengan apapun. Sebab itulah jangan jadi anak derhaka.

Waktu sudah berganjak ke petang, tapi aku masih terbaring di katil. Sungguh tidak kuat. Rasa bersalah pula dengan mama. Aku hanya sempat menjamah sedikit saja masakan dia.

Setitis air mataku menitis jua akhirnya.

Umi!!!

Aku rindu Umi. Aku perlukan Umi di sisiku saat ini.

Aku merasa urutan lembut di kepalaku.

"Sayang! Mari dekat abang." Dia menggangkatku baring di tubuhnya.

Aku mencium-cium bau badannya.

"Feeling better?" Aku hanya mengangguk.

Hanya dia ubat penawarku saat ini. Aku tak tahulah apa jadi dengan aku kalau dia tak ada. Nak tidur malam pun wajib aku peluk dia. Mesti nak kena bau badannya juga.

"Sayang nak minta maaf."

"Maaf kenapa? Sayang tak ada buat salah apa-apa." Dia usap pipiku.

"Sayang tak sempat rasa semua masakan mama tadi. Rasa bersalah dengan mama."

"Ish! Tak ada apa, mama faham, tadi mama cakap, dulu mama alahan macam sayang juga masa mengandungkan abang, dia lebih dari faham keadaan sayang."

Tangannya menepuk lembut pahaku mengulit aku seperti anak kecil dan memelukku erat ke dalam pelukannya. Setiap saat dia mencium di ubun-ubunku.
Akhirnya aku tertidur di buai mimpi dengan sentuhannya.






—————








Masuk saja dalam kereta. Aku terus dengan misi utamaku.

"Abang."

"Hurm."

"Tadi dekat pejabat Kak Marlia story dengan sayang."

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now