Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————Hari ini kedua ibu bapa kami akan bertolak ke tanah suci. Banyak pesanan yang Umi dan Abi titipkan untukku. Antara pesanan mereka yang membuatkan aku merasa sebak ialah jaga diri dengan baik-baik, padahal aku merasa gagal untuk menjaga diriku sendiri. Tak semena-mena aku menangis memeluk mereka berdua.
Tak dapat aku bayangkan kekecewaan mereka bila mengetahui apa yang sudah terjadi padaku.
Bukan aku saja, Abang Akmal juga sama sepertiku sedang mendengar nasihat daripada orang tua mereka di satu sudut.
Masing-masing jemaah di samping keluarga sebelum pengumunan keberangkatan di umumkan.
"Akmal...
Umi memanggil dia.
"Ya makngah."
"Tolong tengok-tengokkan Jah ni ya."
"Inshaallah makngah." Dia hanya menunduk.
Tengok-tengokkan aku? Tak payah.
Aku berpelukan dengan Umi Abi memandangkan waktu berangkat sudah tiba. Aku berpelukan dengan maklong. Ada beberapa nasihat juga maklong titipkan untuk aku.
Aku melambai kepada mereka sebelum bayangan mereka hilang dari pandanganku.
Sayu hati aku bila mereka hilang dari pandangan.
Aku berjalan perlahan menuju ke keretaku.
"Hanan...
Aku terus berjalan tanpa menghiraukan panggilan daripadanya.
"Sayang...
Sebenarnya aku cepat-cepat berjalan kerana aku tidak sanggup bau perfume dia. Baunya sangat keras di hidungku.
Sebenarnya minggu lepas lagi aku merasa loya. Merasa tidak enak badan. Mungkin aku nak demam."Sayang tunggu dulu...
Aku menutup hidungku bila dia mendekat.
"Ya..
"Sayang okey? Abang nampak muka sayang pucat." Dia menyentuh dahiku.
"Okey..
Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta. Aku start enjin dan terus berlalu tanpa menghiraukan panggilan dia. Aku ingin cepat sampai ke rumah, perutku merasa sebu yang amat pada saat ini.
Sampai saja di rumah. Aku keluar dari kereta terus masuk ke dalam rumah. Cepat-cepat aku ke sinki dan memuntahkan semua isi perutku. Yang keluar hanyalah sisa-sisa air kosong. Terasa pedih di ulu hatiku.
Kenapa perit seperti ini rasanya.
Tiba-tiba aku merasa belakangku di usap lembut. Aku tidak sedar bahawa Abang Akmal mengekoriku sampai ke rumah.
"Sayang...kita ke klinik ya."
"Tak payah."
"Sayang nampak pucat sangat ni."
YOU ARE READING
Aku Pujaan Abang
RomanceKerana sayang aku telah menyakitinya Kerana sayang aku mengejar cintanya Kerana sayang aku menyimpulkan cinta kami "Tadi tu siapa? Jantan mana!!!" Dia menengking kuat dihadapan muka aku, Abang Akmal seperti kerasukan, aku tutup mataku dan pandang k...