Part 3

14.1K 341 11
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————

Bila aku pandang dia berbual dengan lelaki lain tadi terus aku rasa tercabar marah yang membuak-buak, aku rasa seperti tak boleh kawal kemarahan. Ya allah apa aku dah buat ni, masih aku dengar esakan di sebalik wajahnnya yang ditekup dengan tapak tangan sambil mengadap ke tingkap kereta. Ohh god...im sory Hannan

•••••••••••••••••

Sampai sahaja di rumah terus aku keluar dari kereta tanpa menghiraukan panggilan Abang Akmal, barang-barang yang dibeli tadi pun aku tidak ambil. Aku terus ke dalam bilik, tanpa menghiraukan panggilan paklong yang sedang berehat di halaman aku takut paklong nampak mata aku yang bengkak kerana menangis.

Sampai di bilik terus aku menangis teresak-esak, sebak hati aku diperlakukan begitu apa salah aku, tak logik di cekik aku macam nak mati tadi sebab cemburu.

Bunyi pintu ditutup, tak payah cakap aku sudah tahu siapa "Hanan.." sayu suaranya memanggilku, tidak aku hiraukan panggilan dia.

Aku terasa tangan kekarnya memeluk aku dengan erat dari belakang. "Hanan... abang mintak maaf abang tak dapat kawal marah abang...Hanan pukul lah abang.." dia mengambil tanganku supaya memukulnya, aku senyap.

Akhirnya kami sama-sama menangis, hari pertama aku di rumahnya dah ada cerita sedih macam mana dengan hari-hari mendatang nanti aku jadi takut dengan sikap agresifnya itu.

Abang Akmal membalikkan wajah aku memandangnya, dia memegang kedua pipi aku, sekali lagi dia menangis bila tengok ada kesan lebam di pipiku kesan cengkaman tadi, berkali- kali dia mohon maaf, aku hanya mengangguk sebab aku sudah tidak tahan tengok dia menangis, sayu pandangannya. "Tak apa abang, Hanan dah maafkan abang" perlahan aku bersuara, sambil pandang matanya. Dia cium kedua kelopak mataku, aku nampak kelegaan di wajahnya, terus dia peluk aku.

 Dia cium kedua kelopak mataku, aku nampak kelegaan di wajahnya, terus dia peluk aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••••••••••••

Keesokan pagi, semasa di meja makan hanya ada maklong dan paklong, Abang Akmal awal-awal pagi lagi sudah pergi kerja kerana ada meeting kata maklong, lega hati aku jadi tak payah la aku mengadap dia pagi-pagi ni, sejak dia keluar dari bilik aku kelmarin tidak lagi kami bersua muka. Biarlah dia, aku pun tak bersedia nak bertentang mata dengan dia.

Hari pertama aku ke tempat kerja dihantar oleh maklong, kata maklong lain kali boleh saja aku tumpang Abang Akmal ke tempat kerja kerana kami hanya sehala, berbanding dengan tempat butik maklong kerja mengambil masa 30 minit untuk sampai. Aku iyakan sahaja kata maklong, nak membantah apa pula katanya nanti.

"I wish you good luck, sayang"

"Terima kasih maklong" aku salam maklong sebelum keluar.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now