Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————Minggu ini aku pulang ke kampung. Majlis nikah Abang Hariz dan Kak Lina akan diadakan di kampung Sabtu ini. Pandai betul Abang Hariz menyembunyikan urusan perkahwinannya daripada ku.
Ingat lagi aku Umi telefon bercerita tentang Abang Hariz. Umi paksa dia buat keputusan samada kahwin atau putuskan hubungan mereka berdua. Pandai betul Umi mengugut.
Kata Umi hubungan mereka tu dah lama sangat, sampai bila nak macam tu saja tak kahwin-kahwin, masing-masing dah mampu, dah boleh pikul tanggungjawab apa lagi kahwin la kan.
Aku pun tak paham dengan dia orang tu, umur masing-masing dah lanjut nak tunggu apa lagi.
Amboi mengata orang kau Jahh!
Bila Umi dah bersuara tiada siapa yang mampu bantah. Kuasa veto seorang ibu. Abi pun angkat tangan kalau dengan Umi.
Aku dengan Abang Akmal pula?
Sudah sebulan juga lah hubungan aku dengan Abang Akmal. Aku boleh katakan yang hubungan kami bertambah baik. Aku nampak la effort dia betul-betul nak pikat hati aku. Bagi bunga lah bagi coklat lah. Padahal duduk satu rumah saja. Macam-macam Abang Akmal ni, aku ikut sajalah kang kalau bantah mengamuk pula. Dah kita tahu perangai comel dia tu macam mana kan.
Maklong paklong masih lagi tidak tahu tentang hubungan kami. Biarlah kami betul-betul bersedia. Lambat atau cepat dia orang pasti akan tahu juga nanti. Walaupun aku macam dapat rasa maklong syak sesuatu tentang kami.
Mana la aku tahu kan? Entah-entah anak manja dia tu bercerita. Kadang-kadang tu aku tengok Abang Akmal berkepit je bawah ketiak mama dia tu. Manja betul. Tidak lah aku mengganggu kalau dia orang anak beranak sedang berehat bersama.
Ah biar lah malas fikir.
——
Selepas pulang dari kerja tadi, aku hanya bersantai di bilik. Memandangkan maklong dengan paklong belum balik lagi dari kerja.
Bunyi ketukan pintu bilikku dari luar. Aku hanya melaung menyuruhnya masuk. Sudah aku tahu makhluk di luar, pasti Abang Akmal.
Rutin harian dia sekarang, balik ke rumah menonong terus ke bilikku. Bukannya nak mandi ke apa dulu.
Biarlah dia.
Minggu ni agak letih bagi kami di pejabat, semua staff perlu turun padang, dengan event daripada syarikat yang kami kena support, dengan design produk yang aku perlu siapkan. Amat memenatkan. Tapi tak apalah itu semua pengalaman, ikhlaskan hati bila melakukan tugas, itu yang selalu Umi pesan padaku.
Terasa katilku dihenyak daripada tepi, menyedarkan aku daripada lamunan.
"Anak dara tak elok mengelamun petang-petang tau." Ujarnya sambil melabuhkan kepalanya di paha ku.
Ish dia ni suka buat macam ni tau. Aku geli kau paham tak?
"Ish mana ada."
"Habistu...."
"Ah tak ada, pergi mandi lah, balik-balik je mari landing dekat orang, busuk tau." Aku tolak badannya.
YOU ARE READING
Aku Pujaan Abang
RomansaKerana sayang aku telah menyakitinya Kerana sayang aku mengejar cintanya Kerana sayang aku menyimpulkan cinta kami "Tadi tu siapa? Jantan mana!!!" Dia menengking kuat dihadapan muka aku, Abang Akmal seperti kerasukan, aku tutup mataku dan pandang k...