Part 11

10.4K 228 2
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————

Selepas isyak kami hanya sembang di ruang tamu. Rancak betul bila geng mak bapak bercerita. Aku hanya bermain telefon sambil menonton televisyen.

Aku buat tidak layan bila Abang Akmal tegurku, bila dia datang dekatku aku lari. Biar dia rasa sakit hati aku ni.

Aku mendengar saja perbualan orang tua ku bersama maklong dan paklong. Apa yang aku dengar mereka merancang mahu pergi umrah bersama-sama pada hujung tahun ini, bermakna 5 bulan lagi.

Sembang punya sembang, umi pula tanya soalan cepumas...

"Ni Akmal bila nak kahwin."aku hanya pasang telinga saja lah.

"Ehh emmm..tak tahu lagi mak ngah"jawabnya ringkas.

Aku perhati maklong dengan paklong pandang antara satu sama lain.

"Kenapa tak tahu lagi Akmal..kalau dah ada calon tu pinanglah"

"Iya lah mak ngah"

"Boleh la mak ngah merasa nasi minyak kamu pula"

"Inshaallah mak ngah.."

"Budak-budak sekarang ni memang macam ni lah ngah, buat-buat tak kisah je pasal kahwin."

"Haa iya memang, ni sorang lagi" umi terus buat muncung dekat aku.

"Kenapa orang pula"

"Umi nak cakap ni, minggu lepas Mak cik Indah dengan Pak Ahmad datang rumah.. dia merisik kamu."oiii terkejut aku.

"Tapi umi tak bagi kata putus lagi... Izham tak ada bagi tahu kamu?"

Aku geleng kepala. Sumpah aku tidak tahu apa-apa.

Aku perasan Abang Akmal mencerlung ke arahku.

"Izham yang jumpa dekat kampung hari tu ke Hanan?"maklong tanya aku.

"Aah maklong...sekarang dia kerja dekat Bank Negara."

"Ooooooo.."maklong pandang paklong.

Aku dah serba salah.

"Kami ni ikut kamu nak, keputusan di tangan kamu.. kamu berhak pilih siapa yang kamu suka." Abi pula bersuara.

"Yelah.. kita ni kan long tak nak paksa anak-anak. Baik untuk dia baiklah untuk kami" umi pula bersuara.

"Errrrr..... Hanan naik dulu lah."aku bangun jalan slow-slow ke bilik.

Fuhh lega..Siap kau Izham kau tak bagi tahu aku. Benda penting macam ni!



Aku tutup pintu perlahan, tiba-tiba pintu bilikku di tolak dari luar membuatkan aku terdorong ke belakang.

Abang Akmal!

"Hey kenapa ni" aku marah dia, main ceroboh-ceroboh pula.

Dia tolak aku ke dinding.

"Eh sakitlah" aku berusaha melepaskan cengkaman daripadanya.

"Cakap dengan abang...apa lagi Hanan sorok daripada abang!!"tempiknya di hadapan mukaku.

"Mana ada apa-apa!"aku berusaha tolak dia.

"Jangan tipulah...Hanan selalu buat abang macam orang bodoh kan?"dia tekan suaranya.

"Hanan tak tahu apa-apa...abang lepaslah sakitt."aku meringis kesakitan

"Jawablah!"

Dia tolak lagi aku, di sembankan mukanya ke leherku, dia lumutkan bibirku dengan bibirnya dengan kasar. Aku tolak badan besarnya dengan kuat. Tenaganya yang kuat tidak setanding dengan tenagaku.

"Errmmmppp..."aku berusaha tolaknya dariku, aku tak boleh bernafas.

Tolakannya yang kuat sehingga pinggangku terkena bucu meja. Perotku jadi senak.

Errrrggghh...

"S-sakit.."aku dah menangis kuat, aku dah mengelepar kesakitan.

Aku pegang pinggangku yang kesakitan,

"Abang tolong pinggang Hanan sakit" Allah tolong lah faham.

Abang Akmal seperti tidak mendengar rintihanku. Di tolaknya lagi aku ke katil. Dia rentap bajuku, dia seperti kerasukan. Habis di cumbui tubuhku.

"Ya allah.. APA SALAH AKUUUUUUU..!!!"

Dia seolah-olah baru tersedar dari perbuatannya.

"KAU MEMANG NAK AKU MATI KAN?!!"aku tempik di hadapannya.

Aku menangis kesakitan sambil memegang pinggang.

Aku betulkan bajuku yang terdedah.

Dia mendekatiku, aku mengesot ke hujung katil, aku dah menggigil ketakutan.

"Hanan.." dia meraup mukanya.

"Abang minta maaf Hanan...abang di luar  kawalan" dia cuba menyentuh aku.

Aku tepis tangannya. Aku menangis sayu. Kenapa dia selalu buat aku macam ni. Dia hampir buat benda tak baik dekat aku. Sampai hati dia buat aku macam boneka.

Seharusnya orang tua kami tidak dengar apa yang jadi di atas kerana bilik ini kedap bunyi.

Aku tidak hiraukan Abang Akmal yang berdiri di tepi katil, dia pandangku dengan muka bersalahnya. Aku perasan matanya merah seperti menangis.

Aku baringkan tubuhku, aku tahan sakit di pinggangku dengan menggosok perlahan disitu.

Ya allah apa lagi dugaan untuk aku..

Aku sedaya upaya cuba menahan tangisku.

Dia mendekatiku, duduk di tepiku. Dia sapu minyak angin di pinggangku. Aku hanya senyap mendiam diri.

Akhirnya aku terlelap keletihan.



Aku tersedar bila terasa benda berat di pinggangku. Aku pandang di tepi, Abang Akmal sedang tidur sambil memeluk pinggangku erat. Aku lepaskan pelukannya. Aku berjalan ke arah sofa, aku rebahkan badanku di sofa.

Baru beberapa minit aku terlelap, aku rasa tubuhku seperti melayang. Aku buka mataku, Abang Akmal menggangkat ku ke katil.

"Eh lepaslah"aku pukul dadanya.

"Hanan..dengar dulu abang nak cakap"dia memegang tanganku yang memukulnya.

Aku pukulnya sampai aku menangis. Aku sakit hati.

"Abang minta maaf...tolonglah maafkan abang."

"Abang jahat.."aku tersedu-sedu di dadanya.

"Abang salah abang minta maaf."dia membawaku ke dalam pelukannya, dia usap belakangku dan mencium ubun- ubunku.

Aku hanya senyap kaku dalam dakapannya.

"Im sorry" ucapnya perlahan.

Dia usap pinggangku.

Di memimpinku ke arah katil. Aku terus baringkan badanku. Sempat Abang Akmal cium dahiku sebelum keluar dari bilik.








.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now