Part 38

8.2K 171 0
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————




Hari ini seperti yang di janjikan, aku dan Abang Akmal ke butik untuk mencuba baju pengantin. Cepat betul dia buat kerja. Seperti yang dia cakap sebelum ini semua dia sudah uruskan. Daripada katering, baju pengantin, kad jemputan dan yang ini aku paling tak sangka majlis kami nanti diadakan di Avenue Garden Hotel. Bagi aku ini hotel agak mewah. Bila aku tanya berapa kos semua, dia tidak mahu bagitahu. Katanya biar semua ini dia yang tanggung.Terfikir juga aku bila dia uruskan semua ini.

Kata Abang Akmal lagi majlis hanya akan di buat di hotel, tak perlu diadakan di rumah. Samada di kampung atau di rumah maklong, semua majlis hanya diadakan di hotel. Yela yela aku ikut saja semua kehendak dia. Kalau aku cakap no jadi lain pula kan? Ikut saja lah.

Tinggal seminggu lagi majlis akan berlangsung. Tak sangka secepat ini aku akan berkahwin, sudah sampai jodoh, aku terima dengan hati terbuka.

Aku menggayakan gown pengantin di hadapan cermin.

Cantik.

Pandai Abang Akmal pilih.

"Abang!"

"Look at me... cantik tak?" Aku pusing-pusing tubuhku di hadapannya.

"Waw...cantiknya bidadari abang, ini yang buat abang tak sabar ni." Ujarnya.

"Haip! Sabar sikit okey, jangan nak buat hal."

"Dah sayang cantik sangat."

"Gown ni sebenarnya lawa, jadi bila Hanan pakai ia memainkan peranan, faham? Pandai abang pilih, cantik sangat, terima kasih abang."

"Most welcome sayang."

Aku nampak wajahnya sangat bahagia ketika ini. Aku juga melahirkan perasaan yang sama. Aku tidak menyangka jodohku selama ini di depan mataku. Walaupun kami pernah terpisah oleh waktu sebelum ini, namun jodoh kami tetap kuat. Daripada hubungan sepupu abang adik dan akhirnya mengambil keputusan untuk membina mahligai bersama.

Seberapa besar cinta dia padaku? Itulah soalan yang aku pernah tanya dia sebelum ini. Kata dia cinta itu tidak boleh diunggkap dengan kata-kata. Setiap hembus nafasnya ingin aku selalu bersamanya. Kata-katanya yang romantis membuatkan aku terkenangkan Adilah kawanku semasa di universiti dulu, kata Adilah semasa bahagia bersama pasangan semuanya nampak sweet, walhal kentut dan sendawa pun rasa manis, itulah hakikat orang tengah bahagia dengan pasangan. Aku masa itu berdekah dengan setiap lawak jenaka dia.

Kawan-kawan aku masa universiti dulu semua kelakar-kelakar. Lepas itu saling membahang satu sama lain. Adilah inilah yang paling kelakar, sentiasa membuat kami terhibur. Semua itu hanya tinggal kenangan, masing-masing sudah ada kehidupan sendiri, namun kami sering saja contact each other. Masing-masing tinggal di negeri yang berbeza, menyebabkan kami sukar untuk bertemu antara satu sama lain. Selepas tamat pengajian ramai diantara mereka yang memilih profesi sebagai guru. Semoga suatu hari nanti kami dapat berkumpul semula, mengembalikan kenangan manis diantara kami.

Reaksi mereka apabila aku memberi kad jemputan kahwin kepada mereka. Masing-masing terkejut kerana tidak menyangka aku akan menamatkan zaman bujangku. Group whattsapp di hujani dengan ucapan tahniah daripada mereka tidak henti-henti. Pelbagai emoji yang aku terima daripada mereka. Ada yang suka, terharu, yang mengusikku pun ada. Ada saja celoteh mereka yang membuat aku terhibur.




Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now