Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————Pulang dari hospital tadi, aku hanya kaku di katil, beribu kali ucapan maaf daripadanya tidak aku peduli. Kali ni aku betul-betul diam. Aku dah penat dengan perangai dia.
Tadi di hospital doktor kata, tanganku terseliuh. Mujur saja tak patah, kalau patah riuk tak ke cacat aku ni. Dengan tangan aku berbalut macam ni, tak ada feel aku nak raikan majlis kahwin Abang Hariz nanti. Nanti apa pula kata saudara mara.
Jam sudah menunjukkan 3 pagi. Tapi mata aku tetap macam tu juga tak nak lelap.
Abang Akmal di sebelahku hanya diam seribu bahasa. Aku tahu dia pun tak boleh tidur seperti aku. Rungsing tentangku kali. Padam muka. Kau dah buat aku sampai terseliuh macam ni, nasib baik aku tak saman saja.
Pucat wajahnya tadi bila tengok aku menggelepar kesakitan. Dah aku sakit aku meraung kau buat tak dengar. Kau ingat kau tu kecik? Panjang macam galah dengan badan berotot-otot buat aku yang kecik ni macam tu pula, buat aku macam lempeng.
"Sayang.....
Dia baring menggiring mengadap aku.
"Sayang tak tidur lagi......
Dia bangun dari pembaringan, dia usap lembut tanganku yang terseliuh.
"Sakit lagi tangan sayang......
Aku senyap. Memang aku nak senyap saja. Pandang muka dia pun aku tak nak.
"Abang minta maaf.....
Dia meraup wajahnya.
Wajahnya yang tertekan.
"Please sayang cakap something........
Dia cuba memujukku.
"Memang abang salah.....
Baru kau nak sedar.
"Sayang...say something please....
Bosan lah dengar. Aku tak nak dengar suara kau tu.
Macam katak suara kau tu.
Aku mengiring mengadap tingkap. Pandang tingkap lagi bagus.
Mata ni pun tak nak tidur ke?
Terasa tangannya melingkar tubuhku dari belakang.
"Abang tahu sayang tak tidur lagi, maafkan abang." Terasa seperti bahuku di cium dari belakang.
"Sayang tak nak cakap langsung dengan abang.......
Cakap lah kau sorang-sorang sampai subuh.
Aku paksa mataku untuk tidur. Akhirnya aku terlelap.
———
Pagi tu aku tersedar dari tidur. Abang Akmal sudah tiada di sisiku. Bagus lah tak ada lah semak mata aku.
YOU ARE READING
Aku Pujaan Abang
RomanceKerana sayang aku telah menyakitinya Kerana sayang aku mengejar cintanya Kerana sayang aku menyimpulkan cinta kami "Tadi tu siapa? Jantan mana!!!" Dia menengking kuat dihadapan muka aku, Abang Akmal seperti kerasukan, aku tutup mataku dan pandang k...