Part 50

10.3K 257 24
                                    

Kau memujaku dengan menyakitiku
———————————————



Aku memerhati kanak-kanak riang saling berkejaran di persisiran pantai. Indah sungguh zaman kanak-kanak, aku juga pernah di posisi mereka suatu ketika dahulu. Bergelak ketawa antara satu sama lain seperti tiada hari esok. Suka duka itu sudah menjadi roda kehidupan. Siap sangka aku dulu seorang yang periang menjadi pendiam begini. Kalau di universiti dulu aku lah juara raja lawak dalam kelas. Kawan-kawan sampai terkuncil dalam seluar sebab aku. Rindunya zaman itu.

Terngiang-ngiang pesanan Umi padaku. Tak ada rumah tangga yang tak ada masalah. Umi pun tahu masalah kami, semuanya mama yang bagi tahu. Mana ada rahsia antara mereka berdua. Ada juga aku cerita dengan Umi yang Abang Akmal begitu begini, tidaklah semua aku cerita padanya. Tapi yang aku tak boleh tahan dengan Umi ni dia tanya aku Abang Akmal tu sihat ke tidak. Kenapa sampai meroyan macam tu. Aku cakap dengan serius dia boleh pulak buat lawak.   Tak lama lepastu pula Umi cakap Abang Akmal jadi macam tu sebab ikut perangai Abi. Aku pulak masa tu dah kenapa pulak kaitannya dengan Abi?

Baru aku tahu Umi cerita yang Abi aku masa muda-muda dulu tu macam si Akmal ni la perangai. Dengan cemburunya dengan panas barannya. Umi makan air mata jasa perangai dia tu la. Tapi yang berhabis tak puas hati adalah mama, mama kata tinggal saja lelaki macam tu, sudahnya masa tu dia dengan Umi sama-sama mengandungkan Abang Akmal dan Abang Hariz kan. Kita kalau time mengandung nak bercakap ke nak buat apa-apa ke mesti selalu berhati-hati, jangan tahu cakap saja. Itu yang Umi cakap entah betul entah tidak, aku pun tak tahu. Yang aku tak tahannya, Umi cakap dekat aku, Jah sekarang ni patut tak kamu tinggal anak dia tu? Umi2...

Tidak aku cerita kepada Umi yang Abang Akmal curang dengan perempuan tak guna tu.

"Jah! Akmal tu kenapa? Apa masalah dia?"

"Entah la Umi dia tu, ikut perangai siapa entah. Mama denga papa tak macam tu. Panas baran tak bertempat, cemburu buta pula tu."

"Oo macam tu pula perangai dia. Tapi kan Jah!!!" Dia cuit-cuit aku suruh aku dengar dia.

"Iya orang dengar ni."

"Dulu kalau kamu nak tahu Abi kamu tu macam dia lah perangai. Makan air mata selalu dengan perangai bengong dia tu."

Terkejut aku dengan mulut mak aji ni!

"Iya ke Umi?"

"Iyalah, tapi masa tu kamu tahu mama kamu tu lah paling kuat dok sumpah seranah dengan perangai Abi kamu ni. Last2 keluar anak dia si Akmal tu perangai sebijik macam tu juga."

"Ish! Umi ni, betul ke?"

"Betul la.. buat apa Umi nak tipu kamu, mama kamu tu dulu anti betul dengan Abi kamu tu jah, sudahnya masa tu dia mengandungkan si Akmal. Itu yang perangai Akmal jadi macam tu, tapi yang tak best nya kamu kena hadap perangai gila anak dia tu Jah, bala2!!!"

Sudah sebulan aku di kampung. Buat masa sekarang ni aku lebih selesa hidup begini. Rindu? Mesti la aku rindu. Tipulah cakap kalau tak rindu. Tapi semua itu aku tolak tepi, perasaan aku lebih penting sekarang ini.

Nak jadikan cerita sebelum aku pulang ke kampung hari tu. Aku selesaikan dahulu urusanku di pejabat. Aku ingin berhenti kerja. Aku nak rehat buat sementara waktu. Dalam waktu yang sama si penyondol tu datang serang-serang aku. Dia tunjal-tunjal kepala aku. Kau ingat aku nak biarkan. Tidak aku lupakan peristiwa itu, peristiwa buruk dalam hidup aku. Aku bagi penampar pada perempuan tak guna tu dua kali, tak cukup dengan tu aku tarik lagi rambut dia, nak lagi aku ambik heel aku pukul-pukul di wajahnya, aku hentak kepala dia di lantai, darah yang keluar di dahinya tidak aku hiraukan, biar dia cacat. Mampos pun tak apa. Memang ke sabaran aku sudah tak ada limit dah. Lepastu datang la abang dia si En Izz nak leraikan pergaduhan kami berdua. Semua staff dah takut menikus tengok aku menggila. Dengan En Izz sekali aku bagi penampar.

Aku Pujaan Abang Where stories live. Discover now