Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————Sudah dua minggu sejak peristiwa hari itu. Umi dan Abi pun sudah kembali ke kampung. Aku pun sudah mula bekerja.
Seperti yang aku sangkakan, teman-teman di pejabat sangat terkejut dengan penampilan baruku. Pelbagai andaian yang keluar dari mulut mereka. Apapun mereka senang dengan penampilan baruku ini. Kalau tak senang pun itu dia orang punya hak la kan? Ada aku kisah? Tidak sama sekali.
Kata geng kakak-kakak department kami ini sudah ada bos baru. En Rafiq sudah di tukarkan ke department lain.
"Hanan bos baru kita handsome."
"Hanan bos baru kita macam prince charming."
"Hanan akak tak boleh fokus la kalau hari-hari macam ni."
Itulah luahan geng kakak-kakak. Hailah geng kakak-kakak ni. Buat aku terhibur.
Hanan itu Hanan ini! Pening aku dengan dia orang ni.
Aku iyakan semua cakap mereka. Malas nak serabut perut. Walaupun aku tak jumpa lagi dengan bos baru tu, aku pasti ada masa nanti kena jumpa juga nanti, dah satu department, mesti akan jumpa.
Aku dengan Abang Akmal pula, hah! hari tu aku nak bincang dengan dia pasal hal kami pandai dia buat tak tahu mengelak lah apa lah. Tak bagi peluang aku bersuara sikit pun. Buat keputusan ikut kepala sendiri.
Sekarang ni biar dia pula mengelabah kote, dok nak jumpa aku. Sudah seminggu juga dia dok gelabah ayam dok cari aku nak bincang konon. Memang aku mengelak. Mesej dan panggilan daripadanya yang aku tidak jawab usah di cakap. Sampai nak jem telefon aku di buatnya.
Hah! Kau baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Eii geram aku dengan dia ni.
"Hanan..dah la mengelamun makcik oii, meeting sekarang ni, dah jom." Ujar Kak Marlia.
Ini semua salah Abang Akmal. Hah! Kau juga aku salahkan.
"Kak tunggu...
Aku mengikuti langkah Kak Marlia ke bilik mesyuarat.
Aku masuk ke bilik mesyuarat dan mengambil tempat duduk ku di satu sudut. Nampaknya semua sudah duduk di tempat masing-masing.
"Hey everyone sorry I'm late."
Sapa seseorang. Agaknya inilah bos baru. Patutlah kakak-kakak aku semua meroyam. Helok orangnya. Tapi tak boleh lawan kepala batu milik aku sorang tu.😆
Akhirnya habis juga meeting yang membosankan aku. Aku tengok kakak-kakak semua dok senyum-senyum macam kambing. Eii gedik. Nasib kau lah bos baru. Siapa suruh helok sangat. Oh ya nama dia masa dia perkenalkan diri tadi Izz Rizqin. Not bad.
Aku membawa langkahku ingin keluar dari bilik mesyuarat tiba-tiba aku di panggil. Miss pula dia panggil aku.
"Miss...
"Hanan."
"Miss Hanan you..
"Hanan saja."
"Okey, Hanan you that work under En Rafiq before this right?" Dia menghulurkan tangannya ingin bersalam denganku. Aku hanya menundukkan kepalaku saja.
"I'm sorry, oh yes I'm that always join under En Rafiq. Actually we both, I'm with Mirul, he from other department."
"Okey good to hear that, I know Mirul, it time I'm just wanna to know you. Nice to workinh with you. Thank you."
YOU ARE READING
Aku Pujaan Abang
RomantikKerana sayang aku telah menyakitinya Kerana sayang aku mengejar cintanya Kerana sayang aku menyimpulkan cinta kami "Tadi tu siapa? Jantan mana!!!" Dia menengking kuat dihadapan muka aku, Abang Akmal seperti kerasukan, aku tutup mataku dan pandang k...