Kau memujaku dengan menyakitiku
————————————————Dari jauh lagi aku nampak kelibat Misya dan Malik. Sedondong pula mereka malam ini.
"Abang, Misya dengan Malik tu ada apa-apa ke?" Aku muncungkan bibirku ke arah mereka.
Macam pasangan sejoli.
"Ermm mungkin." Jawab Abang Akmal bersahaja.
"Betul-betulah." Aku cubit lengan dia.
"Betulah, selepas kena reject dengan abang."
"Eii perasannya."
Dia ketawa halus.
Abang Akmal membawaku duduk di tempat yang telah di khaskan oleh pihak pengurusan hotel buat kami. Nasib baik Abang Akmal sentiasa ada dengan aku, tidaklah aku terasa kekok.
Tadi masa aku nak masuk hotel, aku macam ternampak kelibat Mirul di hujung dewan. Mybe one of family dia ada dekat sini. Aku tak hairanlah, keluarga dia memang mempunyai pengaruh besar.
"Hye guys.." Tegur Malik, sebaik kami melabuhkan punggung di tempat kerusi.
Aku bersalaman dengan Misya. Cantiknya dia ni. Dah la tinggi macam model. Tak macam aku kemetot.
Haish tak baik la Jah!
Syukur...syukur.
Nasib baiklah nak juga Misya kawan aku dekat sini, kalau tak mati kutu aku dengan hanya menjadi pendengar Abang Akmal berbual dengan teman-teman dia. Berbual pula topik yang membosankan, politik dan ekonomi negara memang tak pernah tinggal, spesis Izham juga ni kadang-kadang.
Misya dekatkan mulutnya di telingaku. "I tak sangka you dengan Akmal." Ujarnya senyum-sentum.
"Ehh mana tahu." Muka aku dah merona kemerahan menahan malu.
"Patutlah mamat tu datang kerja sekarang kuat termenung, rupannya rindu someone special."
"Hahahahahha biasa sajalah."
"Tak nak mengaku pula dia."
"Eii siapa cakap, cepat bagitahu." Aku buat-buat menggugut dia.
"Malik bagitahu I, tak sangka korang berdua couple."
"What? Malik pun tahu, malunya saya."
"Alah relex la, Malik je pun."
"Tapi awak dengan Malik pun sama macam kami kan?"
"Hehe yup, almost 5 month we both together."
"Wah.. congrats."
Tersenyum-senyum pula dia.
Tengah-tengah aku duduk sembang dengan Misya. Datang seorang perempuan menuju ke arah Abang Akmal, agak seksi.
Aku hanya memerhati, perempuan itu agak daring bagi aku. Aku memerhatikan tangannya mengusap-usap di belakang Abang Akmal.
YOU ARE READING
Aku Pujaan Abang
عاطفيةKerana sayang aku telah menyakitinya Kerana sayang aku mengejar cintanya Kerana sayang aku menyimpulkan cinta kami "Tadi tu siapa? Jantan mana!!!" Dia menengking kuat dihadapan muka aku, Abang Akmal seperti kerasukan, aku tutup mataku dan pandang k...